Tuesday, July 14, 2020

MEMBETULKAN DAN MENGGANTIKAN PERKHIDMATAN TINDAK BALAS INSIDEN KESELAMATAN SIBER SANGFOR: BERSIAP SEDIA UNTUK APA SAHAJA!

HONG KONG, 13 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Perenggan kedua, ayat pertama bagi siaran media bertarikh 6 Julai, 2020, telah dikemas kini untuk memasukkan satu pautan sumber dan harus dibaca: Menjelang tahun 2021, setiap organisasi baharu akan mengalami serangan perisian tebusan setiap 11 saat, demikian menurut Cybersecurity Ventures.

Siaran media yang diperbetulkan harus dibaca:

PERKHIDMATAN TINDAK BALAS INSIDEN KESELAMATAN SIBER SANGFOR: BERSIAP SEDIA UNTUK APA SAHAJA!

Sangfor Technologies, merupakan vendor terkemuka bagi keselamatan jaringan di rantau APAC, dengan rasa bangga ingin mengumumkan pelancaran perkhidmatan Tindak Balas Insiden (IR), bagi memenuhi keunikan dan pelbagai keperluan organisasi kecil & sederhana di pasaran Asia.

Menjelang tahun 2021, setiap organisasi baharu akan mengalami serangan perisian tebusan setiap 11 saat, demikian menurut Cybersecurity Ventures. Perniagaan kecil menjadi sasaran utama bagi perisian tebusan dengan purata kos serangan sekarang melebihi $40,000. Oleh itu, satu tindak balas keselamatan yang baharu diperlukan untuk keselamatan menyeluruh bagi semua. Kebiasaannya, perkhidmatan keselamatan hanya mampu dimiliki organisasi besar dengan kos yang sangat tinggi, kini sekatan ini sekarang tidak lagi wujud!

“Kami sangat teruja untuk menawarkan perkhidmatan keselamatan baharu ini kepada pelanggan kami. Perkhidmatan keselamatan sebelum ini adalah sesuatu yang eksklusif untuk perusahaan besar. Walau bagaimanapun, kami percaya bahawa setiap organisasi tidak hanya harus dilindungi oleh peranti keselamatan jaringan, tetapi juga perkhidmatan keselamatan, yang memberi inspirasi kepada Sangfor untuk membangunkan perkhidmatan Tindak Balas Insiden mereka,” kata Kaden Zhang, Presiden bagi Jabatan Antarabangsa Sangfor. “Mempunyai sebuah pasukan pakar keselamatan dalaman yang lengkap adalah mahal, dan dengan perkhidmatan baharu yang menjimatkan kos ini, pelanggan dapat menikmati perlindungan peringkat tinggi sebelum, semasa dan selepas sesuatu serangan.” 


No comments:

Post a Comment