Tuesday, July 14, 2020

PAKEJ TIKET "TERBANG SESUKA HATI" CHINA EASTERN UNTUK PERJALANAN HUJUNG MINGGU TANPA HAD MENINGKATKAN EKONOMI KITARAN



SHANGHAI, 13 Julai, 2020 /Xinhua-AsiaNet/--

Lebih 150,000 orang telah menikmati penerbangan mereka di bawah pakej diskaun tiket penerbangan “terbang sesuka hati” yang dilancarkan oleh China Eastern Airlines (juga dikenali sebagai China Eastern) sepanjang dua hujung minggu yang lalu.

Sebagai pakej diskaun tiket penerbangan yang pertama seumpamanya dilancarkan di China yang membolehkan penumpang untuk menikmati penerbangan hujung minggu tanpa had sehingga 31 Disember, “terbang sesuka hati” itu yang dilancarkan pada 18 Jun berharga 3,322 yuan (kira-kira $473.72). Produk itu amat dialu-alukan oleh pengembara beg galas dan pekerja migran. Sebahagian warga siber malah menyebutnya sebagai “satu rahmat untuk perhubungan jarak jauh”.

Ekoran wabak COVID-19 telah secara efektif dapat dikawal di China, 150,000 orang penumpang terbang untuk menikmati percutian atau menziarah keluarga mereka dengan menggunakan pakej tiket itu, yang telah menjadi satu topik hangat dan satu aktiviti ekonomi yang luar biasa di China.

Faktor muatan penumpang secara purata bagi penerbangan China Eastern dari Shanghai ke lebih dari 10 destinasi meningkat hampir 20 peratus, dengan angka bagi sebahagian penerbangan telah melebihi 90 peratus. Beberapa penerbangan popular telah menyaksikan perkadaran bagi penumpang yang “terbang sesuka hati” melebihi 90 peratus. Walaupun syarikat itu telah menghantar pesawat badan lebar seperti B777 dan A350 ke penerbangan popular, ia masih tidak dapat memenuhi permintaan perjalanan penumpang yang semakin meningkat.

Langkah perintis itu juga telah mencetuskan perbincangan sosial. Jeff Yu, seorang rakan di pejabat Beijing bagi perundingan Roland Berger, berkata bahawa bahagian yang paling patut diberikan perhatian bagi “terbang sesuka hati” itu adalah bukan hanya pada harga atau model perniagaan, tetapi data ujian sebenar, yang akan membantu memberikan pandangan bernilai ke dalam dan sokongan bagi pemulihan sepenuhnya bagi bidang penerbangan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13585

No comments:

Post a Comment