Monday, July 27, 2020

PENYERAHAN BAHAN TERBITAN IKIM KEPADA 3 INSTITUSI ISLAM UZBEKISTAN PERLUAS HUBUNGAN STRATEGIK DI PERINGKAT ANTARABANGSA

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Satu sesi penyerahan bahan penerbitan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) kepada pihak Kedutaan Uzbekistan telah diadakan pada 10 Julai 2020. Sesi penyerahan berkenaan adalah kesinambungan daripada Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani oleh pihak Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan tiga institusi Islam yang penting di Uzbekistan iaitu Center of Islamic Civilization, Imam Bukhari International Research Centre dan International Islamic Academy of Uzbekistan pada 4 Jun 2020.

Penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi IKIM, Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid kepada Kedutaan Besar Uzbekistan di Malaysia H.E. Mr. Ravshan Usmanov. Antara bahan terbitan IKIM yang telah disampaikan adalah jurnal TAFHIM IKIM: Journal of Islam and the Contemporary World (Vol.12, No.1 & No. 2), buku Islam & Higher-Order Thinking An OverviewGood Governance Adab-Oriented Tadbīr in Islam, An Islamic Paradigm in Economics: Vision and MissionReligion, Dialogue and Peaceful CoexistenceHarmony between Religion & Science: An Islamic Perspective dan Islamic Scientific Tradition in History.

Memorandum Persefahaman ini melibatkan kerjasama antara kedua-dua pihak dari Malaysia dan Uzbekistan dalam beberapa aspek penting seperti pertukaran pakar akademik dan hasil penyelidikan, penganjuran bersama aktiviti ilmu seperti persidangan dan simposium, kerjasama projek penyelidikan serta pertukaran hasil penerbitan.

Turut hadir di pihak IKIM ialah Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia, Datuk Dr.  Azizan Baharuddin, dan Dr. Mohd Farid Mohd Shahran, Pengarah Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik IKIM.
 
Unit Perhubungan Korporat
24 Julai 2020

SUMBER: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Perhubungan Korporat IKIM
Tel: 
03-6204 6329/ 03-6204 6330/ 03-6204 6331

Nama: Pn. Zarita Bt Kasim     
Tel: 017 - 366 1496
E-mel: zarita@ikim.gov.my

Nama: Pn. Suzanahwati Sanil
Tel: 013 - 228 8992

E-mel: suzana@ikim.gov.my

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment