Wednesday, February 1, 2023

AXA BERGANDING BAHU DENGAN FIRE FIGHTER INDUSTRY UNTUK MENAWARKAN PERLINDUNGAN ISI RUMAH

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- AXA Affin General Insurance Berhad (AXA) dan Fire Fighter Industry Sdn Bhd (FFI), syarikat keselamatan kebakaran terkemuka di Malaysia, telah menjalin kerjasama strategik untuk menyediakan insurans isi rumah secara eksklusif kepada pelanggan FFI di Malaysia.

Ramai rakyat Malaysia menjadikan rumah mereka sebagai aset tunggal terbesar dan  sehubungan dengan itu, AXA sentiasa komited ke arah memperkasakan pemilik rumah tempatan dengan perlindungan sesuai yang mereka perlukan untuk melindungi bukan sahaja rumah mereka, bahkan harta benda berharga mereka.

Jeremy Yeap, Ketua Pegawai Peruncitan di AXA, menyatakan bahawa kerjasama dengan FFI ini merupakan satu lagi tanda kejayaan ke arah memperkasakan lebih ramai rakyat Malaysia melalui perlindungan isi rumah yang lebih mantap melalui kerjasama saluran pelbagai arah.

“Ramai pemilik rumah di Malaysia hanya menginsuranskan rumah mereka daripada kebakaran dan kebahayaan lain berdasarkan syarat mandatori pinjaman perumahan mereka, tanpa mengetahui ia hanya melindungi bangunan mereka dan bukan isi rumah. Melalui kerjasama yang bermakna dengan FFI, kami boleh meningkatkan kesedaran tentang kepentingan insurans isi rumah dan menggalakkan lebih ramai pelanggan untuk memastikan mereka dilindungi,” kata Jeremy.

Menggabungkan kepakaran insurans AXA dan rangkaian pelanggan FFI yang luas, gandingan ini akan menyediakan ekosistem  efisien yang memberi manfaat kepada pelanggan dengan perlindungan isi rumah yang mampu milik  dan  komprehensif, juga dikenali sebagai pelan SmartHome Optimum Enhanced Home Contents All Risks (Semua Risiko Kandungan Rumah).
  • Melindungi kehilangan atau kerosakan isi rumah akibat semua jenis kebahayaan termasuk rusuhan, mogok dan kerosakan berniat jahat, kerosakan tidak sengaja, kecurian tanpa tanda kemasukan secara paksa
  • Pelan fleksibel berdasarkan keperluan dan bajet pelanggan
  • Premium mampu milik
  • Manfaat percuma seperti kehilangan wang akibat kecurian, kos penggantian kepala kunci/ kunci, kos penggantian  dokumen undang-undang dan banyak lagi
Brian Soo, Ketua Pegawai Inovasi di Fire Fighter Industry Sdn. Bhd. berkata, "Rangkaian pelanggan yang telah kami bina selama ini adalah mereka yang mengutamakan  keselamatan dan kami percaya kerjasama dengan AXA akan memberi nilai kepada pelanggan kini dan bakal pelanggan kami."

Ditubuhkan pada tahun 1974, FFI ialah pengeluar alat pemadam api dan penyedia perkhidmatan keselamatan kebakaran sehenti. FFI adalah satu-satunya pengeluar alat pemadam api Malaysia yang mempunyai akreditasi ISO 9001 dan ISO 14001 dan berusaha ke arah misi kalis api Malaysia melalui produk dan perkhidmatan keselamatan kebakaran yang komprehensif. Sejak 2019, FFI telah memberi tumpuan untuk lebih mengutamakan pengguna melalui produk dan perkhidmatan keselamatan dengan model terus kepada pengguna. FFI ialah syarikat keselamatan kebakaran dalam talian yang pertama dan sejak itu telah melihat diri mereka sebagai #1 dalam semua platform e-dagang utama.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.firefighter.com.my/pages/smart-home-insurance  

Sumber: AXA Affin General Insurance Berhad 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16763

No comments:

Post a Comment