Tuesday, February 14, 2023

MARY KAY MENGINSPIRASIKAN GENERASI PEMIMPIN WANITA STEAM AKAN DATANG DI SIDANG KEMUNCAK BELIA

 





Mary Kay Inc. mengalu-alukan kedatangan pelajar dari Sekolah Kepimpinan Wanita Muda Irma Lerma Rangel ke R3 untuk sidang kemuncak bertemakan STEAM dengan menerokai pengalaman wanita dalam bidang STEAM. (Foto: Mary Kay Inc.)



Rangkaian Persediaan Wanita Muda / Pelajar Sekolah Kepimpinan Wanita Muda Irma Lerma Rangel menghadiri Hari istimewa STEAM yang menginspirasikan pemimpin masa depan STEAM

DALLAS, 14 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc., penyokong global untuk pemerkasaan dan pendidikan wanita, baru-baru ini menjadi tuan rumah kepada sekumpulan 25 wanita muda dari Rangkaian Persediaan Wanita Muda (YWPN) Daerah Sekolah Bebas Dallas / Sekolah Kepimpinan Wanita Muda Irma Lerma Rangel untuk penerokaan pendidikan, berinspirasi Wanita dalam STEAM. Acara tersebut membawa kepada sambutan Hari Antarabangsa Wanita dan Remaja Perempuan dalam bidang Sains pada 11 Februari.

Pelajar dalam peringkat umur sekolah menengah menghabiskan masa seharian mereka di Pusat Pembuatan / R&D (R3) Richard R. Rogers Mary Kay di Lewisville, TX, tempat mereka melawat kemudahan canggih dan mempelajari tentang aspek berbeza proses pembuatan berkaitan STEAM dalam syarikat kecantikan global yang kompleks. Sesudah lawatan itu, pelajar mendengar penerangan daripada panel pakar wanita dalam bidang STEAM masing-masing. Panel yang hadir terdiri daripada pakar dalam bidang seperti Inovasi Huluan, Formulasi Produk, Teknologi Maklumat, Penyelidikan Produk, Portfolio & Perancangan Strategi dan Pembangunan Proses. Pada waktu tengah hari, pelajar menyertai makan tengah hari pementoran apabila mereka berpeluang membincangkan laluan kerjaya berbeza untuk wanita dalam STEAM, aspirasi peribadi dan profesional, serta cara kita boleh menggalakkan, menyediakan dan menyokong wanita muda yang menceburi kerjaya dalam bidang STEAM dengan lebih baik.

“Mary Kay komited untuk memperkasa dan memberikan inspirasi kepada generasi wanita akan datang bagi menceburi minat mereka—kerana masa depan ialah STEAM,” kata Dr. Lucy Gildea, Ketua Pegawai Inovasi, Produk dan Sains di Mary Kay. “Wanita kurang diwakili dalam tenaga kerja STEAM, tetapi kita boleh merapatkan jurang tersebut dengan menyediakan peluang pembelajaran dan pendedahan awal yang kritikal kepada wanita muda untuk mencari dan menerokai kerjaya STEAM yang diminati.”

Rangkaian Persediaan Wanita Muda ialah agensi bukan untung yang bekerjasama dengan daerah sekolah awam di seluruh Texas untuk mengendalikan rangkaian terbesar sekolah persediaan perempuan, awam, kolej di negara ini. Sekolah YWPN terletak di kawasan kejiranan bandar yang hidup dalam kesusahan dan mempunyai rekod kadar pencapaian akademik, lepasan sekolah menengah dan penerimaan kolej yang terbukti. YWPN membentuk perkongsian awam/swasta pertama dengan Daerah Sekolah Bebas Dallas, membuka Sekolah Kepimpinan Wanita Muda Irma Lerma Rangel pada tahun 2004.

“Kami amat teruja kerana wanita muda kami menyertai hari yang dipenuhi dengan hubungan bermakna dengan wanita dalam STEAM dan berterima kasih kepada Mary Kay untuk peluang ini,” kata Lynn McBee, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Persediaan Wanita Muda. “Pemimpin masa depan ini adalah wanita muda yang bijak dan berbakat. Apabila mendapat pendedahan daripada wanita lain yang berjaya dalam bidang STEAM dan melihat impak yang boleh mereka lakukan, memberikan mereka motivasi tambahan untuk pergi lebih jauh, mencapai lebih banyak dan diharapkan, semoga suatu hari nanti, dapat mengubah dunia melalui STEAM.”

Mary Kay meraikan dan mendorong wanita muda yang bertanggungjawab atas masa depan mereka melalui kepimpinan, inovasi dan keazaman untuk cemerlang dalam bidang STEAM. Wanita hanya membentuk 28% daripada tenaga kerja dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik. [1] Dengan menawarkan sokongan berterusan kepada wanita muda dalam bidang STEAM, syarikat meneruskan misi Mary Kay, iaitu menambah baik kehidupan wanita di mana-mana sahaja.

[1]Sumber
Projek Kerjasama Remaja Perempuan Peringkat Kebangsaan (2022). Keadaan Remaja Perempuan dan Wanita dalam Stem. https://ngcproject.org/resources/state-girls-and-women-stem

Maklumat Tentang Mary Kay Inc.

Seorang pengasas asal yang berjaya mengatasi penghalang kemajuan profesion, Mary Kay Ash mendirikan syarikat kecantikan impiannya pada tahun 1963 dengan satu matlamat: memperkaya kehidupan wanita. Impian tersebut telah berkembang menjadi syarikat bernilai berbilion dolar dengan jutaan ahli tenaga jualan bebas di lebih 35 negara. Sebagai syarikat pembangunan keusahawanan, Mary Kay komited untuk memperkasa wanita mengharungi perjalanan mereka melalui pendidikan, pementoran, sokongan, rangkaian dan inovasi. Mary Kay berdedikasi untuk melabur dalam sains di sebalik kecantikan dan pembuatan penjagaan kulit termaju, kosmetik warna, suplemen pemakanan dan wangian. Mary Kay percaya dalam memperkaya kehidupan hari ini untuk hari esok yang mampan, bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia yang menumpukan kepada mempromosikan kecemerlangan perniagaan, menyokong penyelidikan kanser, memajukan kesaksamaan jantina, melindungi mangsa yang terselamat daripada keganasan rumah tangga, menghiasi komuniti kita dan menggalakkan kanak-kanak mengejar impian mereka. Ketahui lebih lanjut di marykayglobal.com, temui Mary Kay dalam FacebookInstagram dan LinkedIn, atau ikuti kami dalam Twitter.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53320643/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Bahagian untuk Dihubungi
Komunikasi Global Mary Kay Inc.
newsroom.marykay.com
+1.972.687.5332
media@mkcorp.com
 
Sumber: Mary Kay Inc.

No comments:

Post a Comment