Friday, February 3, 2023

HYTERA MELANCARKAN KAMERA KOMPAK DIPAKAI PADA BADAN DENGAN RESOLUSI 2K





Kamera Badan Mini GC550 2K Hytera membawakan resolusi 2K dan pelbagai fungsi video profesional dengan saiz kompak.


SHENZHEN, China, 2 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hytera Communications (SZSE: 002583), peneraju penyedia teknologi dan penyelesaian komunikasi profesional global, pada hari ini melancarkan model Kamera Kompak Dipakai pada Badan (BWC) terkini, Kamera Badan Mini GC550 2K. GC550, direka bentuk dengan perhatian intensif kepada ergonomik, ialah alat hebat bagi menggalakkan ketelusan di tempat kerja dan keselamatan kakitangan untuk penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan.

GC550 yang kompak dan ringan menangkap setiap kejadian dalam medan pandangan super-lebar 150°. Dilengkapi dengan pemproses paling berkuasa di pasaran, GC550 boleh menyampaikan video 2K yang ultra jelas pada 30 fps. Setiap bingkai video adalah sangat cantik dengan perincian yang dihalusi. Teknologi penglihatan malam cahaya bintang membolehkan anda merakam rakaman yang tajam dan berwarna-warni di bawah keadaan cahaya yang sangat malap, sebagai contoh, pada waktu malam.

Kamera badan ialah alat penting untuk sebahagian besar misi dan senario kritikal perniagaan. Rakaman yang lebih tajam, jelas dan lancar menambah baik keaslian rekod untuk tujuan semakan kerja dan mengumpul bukti,” kata Ke Wang, Naib Presiden di Hytera. “GC550 direka bentuk untuk menangkap perincian halus sebagai bukti untuk siasatan undang-undang dan prosiding mahkamah. Pada masa yang sama, ia cukup bersesuaian dari segi kemudahan apabila dipakai dan dibawa.”

Setiap saat dikira apabila pegawai merakamkan kejadian atau interaksi. Bateri sandaran terbina-dalam memberikan pengguna tambahan 5 minit untuk menukar bateri utama di dalam medan dan sementara itu membolehkan rakaman dilakukan tanpa gangguan. Jika GC550 mengesan berlaku kejatuhan atau impak secara mengejut semasa merakam, ia akan menyimpan rakaman yang sedang berjalan secara automatik dan memastikan perkara yang telah dirakam dalam keadaan selamat dan jelas.

Berat GC550 hanya 115g, membolehkan ia dipakai pada epaulet atau poket hadapan dengan klip boleh putar 360°. Pengguna boleh memutarkan kamera badan dengan mudah dan mencari sudut rakaman terbaik tanpa perlu menanggalkannya. Suis gelongsornya membolehkan permulaan pantas untuk merakam dalam kecemasan dan secara intuitif menunjukkan status rakaman melalui kedudukannya. Pengguna boleh kekal fokus pada keadaan tanpa perlu memberikan perhatian yang keterlaluan kepada kamera badan mereka.

Tarikh ketersediaan produk baharu mungkin berbeza mengikut negara masing-masing. Untuk maklumat lanjut tentang Kamera Badan Mini GC550 2K Hytera, sila kunjungi: https://www.hytera.com/en-products/body-worn-camera/body-worn-camera/gc550/

Maklumat Tentang Hytera

Hytera Communications Corporation Limited (SZSE: 002583) ialah peneraju penyedia teknologi dan penyelesaian komunikasi profesional global. Kami menyediakan ketersambungan yang lebih pantas, selamat dan serba boleh untuk pengguna perniagaan dan misi kritikal dengan keupayaan suara, video dan data kami. Kami membuatkan dunia menjadi lebih cekap dan selamat dengan membolehkan pelanggan kami mencapai lebih banyak dalam operasi harian dan tindak balas kecemasan.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53208375/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi

Lele.yao@hytera.com
 
Sumber: Hytera Communications Corporation Limited

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16771

No comments:

Post a Comment