Thursday, February 25, 2021

LEDDARTECH MELANCARKAN PIXSET, SET DATA LIDAR KILAT BENTUK GELOMBANG PENUH YANG PERTAMA DALAM INDUSTRI

Leddar PixSet ialah set data penderia yang pertama tersedia secara awam untuk penyelidikan dan pembangunan ADAS dan AD yang mengandungi data daripada suit penderia penuh (kamera, LiDAR, radar, IMU), termasuklah data bentuk gelombang penuh daripada penderia LiDAR kilat berkeadaan pepejal 3D

QUEBEC CITY, 24 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- 
LeddarTech®, peneraju global dalam ADAS Tahap 1-5 dan teknologi penderiaan AD, mengumumkan set data penderia yang pertama tersedia secara awam untuk penyelidikan dan pembangunan bantuan pemandu lanjutan dan pemanduan berautonomi yang dikenali sebagai Leddar™ PixSet. Set data ini merupakan set data bentuk gelombang penuh yang pertama seumpamanya dalam industri untuk merangkumi data berbentuk gelombang penuh Leddar™ Pixell LeddarTech, iaitu penderia LiDAR kilat berkeadaan pepejal 3D. LeddarTech akan menawarkan set data yang percuma ini untuk tujuan akademik dan penyelidikan.

Teknik pergabungan penderia digunakan secara meluas untuk meningkatkan prestasi dan keteguhan algoritma visi komputer. Set data seperti Leddar PixSet membolehkan pasukan penyelidikan akademik dan kejuruteraan yang mengkhusus dalam ADAS dan teknologi AD menggunakan set data penderia sedia ada untuk menguji dan membangunkan perisian lanjutan dan menjalankan simulasi tanpa perlu memasang suit penderia baharu dan mengumpulkan set data mereka sendiri.

Kenderaan beralatan telah digunakan dalam pembangunan set data. Pelbagai keadaan telah direkodkan dalam persekitaran bandar berketumpatan tinggi dan subbandar serta di atas lebuh raya. Data diperkuat lagi melalui pendedahan terhadap pelbagai keadaan cuaca, pencahayaan (contohnya, cerah, mendung, hujan), dan iluminasi (contohnya, siang, malam, senja). Leddar PixSet menyediakan maklumat daripada pelbagai situasi, mencipta data dunia nyata untuk bantuan pemandu lanjutan dan pemanduan berautonomi.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14285

No comments:

Post a Comment