Friday, February 5, 2021

PENYELIDIK NTHU MEMBAWA ROBOTIK KE TAHAP SETERUSNYA





Table


Sebuah pasukan penyelidik antara disiplin yang diketuai oleh Profesor Unggul James Chang dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Kuasa baru-baru ini telah membangunkan sebuah robot manusia yang meniru dengan teliti pergerakan tangan seorang manusia. (Foto: Universiti Nasional Tsing Hua)
 

HSINCHU, Taiwan, 5 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Walaupun digunakan secara meluas di dalam pembuatan, robot memerlukan lebih banyak kelincahan untuk digunakan di dalam bidang kejururawatan dan pemulihan. Dengan ini, sebuah pasukan penyelidikan antara disiplin yang diketuai oleh Profesor James Chang dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Kuasa baru-baru ini telah menerapkan kemajuan terkini di dalam bidang AI, biomekanik, dan kejuruteraan faktor manusia untuk membangunkan sebuah robot yang dapat meniru pergerakan teliti bagi tangan manusia. Dikurniakan dengan deria penglihatan dan sentuhan yang tajam, tangan robot itu cukup tangkas untuk menangkap sebiji bola dan menarik keluar kertas tisu.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20210204005049/en/

Direka dan dihasilkan sepenuhnya di Taiwan, robot yang mahir dan mempunyai dua tangan ini telah diberi gelaran “Tsing-Hua Gentleman” oleh Presiden NTHU Hocheng Hong, yang berkata bahawa ia telah ditakdirkan untuk memainkan satu peranan utama dalam bidang penjagaan perubatan.

Ketangkasan robotik canggih

Apa yang membuatkan robot ini unik adalah bahawa sebelah tangan memberikan kekuatan, sementara yang sebelah lagi adalah sangat tangkas. Chang berkata bahawa tangan yang tangkas itu diperlukan dalam kebanyakan pekerjaan di dalam aplikasi perubatan, seperti di dalam ujian covid-19 di mana tangan itu harus cukup tangkas untuk mengendalikan ujian mengesat kapas dengan perlahan-lahan masuk dan keluar dari lubang hidung atau kerongkong seseorang. Dengan mengatasi batasan lengan robot yang bersendi enam, lengan robotik Chang mempunyai tujuh sendi, yang membolehkan pergerakan yang lincah, bahkan dalam cara yang tidak dapat dilakukan oleh lengan manusia. Robot itu yang dibangunkan oleh pasukan Chang meniru tangan manusia dengan teliti, dengan tahap ketangkasan yang dicapai dengan mendigitalkan pergerakan tangan manusia, menjadikan tangan robotik itu cukup tangkas untuk memegang seorang bayi atau membalikkan pesakit yang terbaring di tempat tidur.

Persepsi seperti manusia

Chang menjelaskan bahawa tangan yang tangkas ini meniru reka bentuk bagi jari-jari manusia, dengan menggunakan transmisi pneumatik untuk mengawal pergerakannya dengan sebuah alat pengesan tekanan tepat yang dipatenkan di Amerika Syarikat yang bertindak balas terhadap perubahan kepada daya magnet. Jika dibandingkan dengan robot yang memerlukan sebuah sensor yang berasingan untuk setiap arah, tangan robot Chang hanya mempunyai satu sensor untuk pengesanan pelbagai arah, menjadikannya seakan seperti sebuah tangan manusia. Dengan sebuah sistem visual 3D untuk mengimbas objek-objek di sekitarnya dalam jarak yang luas, robot ini mempunyai penghayatan ruang dan keupayaan untuk menggunakan AI untuk mengenal pasti objek.

Inspirasi

Seorang pemegang Ph.D. dari Carnegie Mellon University, Amerika Syarikat, Chang sebelum ini telah bekerja di IBM, dengan mengkhususkan diri di dalam bidang mekatronik dan robotik. Setelah kembali ke Taiwan, beliau telah bertemu dan bekerjasama dengan rakan sekolah rendah beliau Yu-Cheng Pei, seorang doktor pemulihan di Chang Gung Memorial Hospital, di bawah sokongan Kementerian Sains dan Teknologi untuk membangunkan alat bantu untuk digunakan oleh pesakit yang mengalami gangguan fungsi tangan.

Dorongan awal Chang untuk membangunkan robot ini datang dari isteri beliau setelah melihat sebuah robot di TV yang dapat memasak makanan. “Saya memberitahunya itu hanya satu animasi, tetapi permintaannya sangat bersungguh-sungguh sehingga saya berjanji untuk mencipta sebuah robot yang benar-benar dapat memasak untuk kita,” kata Chang sambil tersenyum.

Taiwan akan menjadi sebuah masyarakat yang berusia lanjut menjelang tahun 2025. Oleh itu, Chang berhasrat untuk membangunkan sebuah robot yang mampu melakukan pelbagai perkhidmatan yang diperlukan oleh orang tua, dan, sudah tentu, memasak dan mencuci pinggan mangkuk.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210204005049/en/

Hubungi

Holly Hsueh
Universiti Nasional Tsing Hua
(886)3-5162006
E-mel: hoyu@mx.nthu.edu.tw
 
Sumber : NTHU

No comments:

Post a Comment