Friday, October 4, 2019

PROJECT MANAGEMENT INSTITUTE MENGUMUMKAN PEMEROLEHAN KE ATAS FLEX DARI NET OBJECTIVES

Pengambilalihan memperluaskan penawaran tangkas bagi pengurus-pengurus projek, pasukan dan perusahaan

PHILADELPHIA, 27 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Project Management Institute (PMI), persatuan keahlian yang tidak mencari keuntungan yang terkemuka di dunia bagi profesion pengurusan projek, hari ini mengumumkan pemerolehan FLEX dari Net Objectives. Pendekatan FLEX itu membantu organisasi untuk memahami “apa yang tidak berfungsi” di peringkat sebuah sistem dan mengenal pasti cerutan dan menghapuskannya untuk meningkatkan aliran kerja. Secara bersama, FLEX dan Disciplined Agile (DA) yang diperolehi oleh PMI baru-baru ini akan menawarkan penyelesaian untuk menangani masalah khusus utama bagi sesebuah organisasi. Keputusannya adalah hasil perniagaan yang lebih mantap, lebih cepat.

Terdapat beberapa kelebihan untuk memanfaatkan FLEX bagi melengkapkan DA:
  • Ahli-ahli PMI akan mempunyai peluang untuk menggerakkan keupayaan baharu yang teguh dan boleh dipercayai dan pensijilan yang akan membezakan mereka dan membuka pintu dengan penawaran gabungan DA dan FLEX.
  • Pengamal ketangkasan yang ada sekarang akan dapat memanfaatkan satu pendekatan yang lebih mengambil berat, disesuaikan bagi ketangkasan, yang didorong oleh satu pemikiran yang tangkas dan lincah dan diberi kuasa oleh proses yang sesuai dengan konteks mereka, yang membolehkan hasil yang lebih mantap dari yang dimungkinkan dengan pendekatan yang lebih preskriptif.
  • Perusahaan di seluruh dunia akan menikmati satu pendekatan yang lebih khusus kepada ketangkasan perusahaan yang didasarkan kepada keperluan dan konteks mereka yang khusus.
  • Rakan PMI, DA dan FLEX akan mempunyai akses kepada satu set penawaran produk yang diperluaskan bagi pemegang saham dan pelanggan mereka.
  • Ahli-ahli PMI dan DA akan menerima akses kepada kandungan FLEX dan pembelajaran dalam talian.


“Pemerolehan ini adalah satu penambahan yang penting bagi PMI ketika ia menangani cara-cara baharu untuk bekerja dalam sebuah dunia yang semakin tangkas, dan mengembangkan keupayaan pengurus projek mahupun pengamal tangkas dengan lebih luas,” kata Sunil Prashara, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi PMI. “PMI kini berada pada kedudukan untuk menambahkan lebih banyak nilai bagi ahli-ahli dengan menyediakan satu kontinum lengkap produk, perkhidmatan, latihan dan pensijilan kepada pengurus projek, pemimpin ketangkasan dan pasukan mereka di mana sahaja mereka berada di dalam kerjaya mereka – ada kalanya sebelum mereka tahu bahawa mereka memerlukannya. Tanpa mempedulikan pendekatan itu, sama ada ia berbentuk tradisional atau tangkas, projek atau produk, PMI berada pada kedudukan yang unik untuk menyampaikan nilai bagi individu dan organisasi yang mereka tawarkan perkhidmatan.”

“Dibentuk pada awalnya untuk membawa nilai yang berbeza dan luar biasa kepada pelanggan kami, Net Objectives telah berjaya dalam melampaui tuntutan pelanggan dan dari segi menyokong komuniti tangkas secara keseluruhan,” kata Al Shalloway, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bagi Net Objectives dan pencipta bagi pendekatan FLEX. “Kami sangat teruja untuk menjangkau kepada lebih banyak profesional dan membantu mereka memupuk pengetahuan yang mereka perlukan untuk berjaya, yang dimungkinkan dengan memanfaatkan perhubungan global PMI, serta paduan unik bagi penawaran PMI, Disciplined Agile dan FLEX. Perkara ini, dengan digabungkan bersama kerapian pensijilan PMI dan pandangannya yang meluas mengenai landskap tangkas, yang tidak terhad kepada hanya satu proses atau kaedah, membuatnya sesuatu yang paling sesuai.”

Pengintegrasian bagi pengambilalihan itu telah dimulakan dengan kadar segera, dan PMI akan memberikan butiran tambahan kepada ahli-ahli dan pihak berkepentingan yang lain apabila tiba waktunya.

Maklumat mengenai PMI 

Project Management Institute (PMI) adalah persatuan yang terkemuka di dunia bagi mereka yang menganggap pengurusan projek, program atau portfolio sebagai profesion mereka. Ditubuhkan pada tahun 1969, PMI menyampaikan nilai bagi lebih daripada tiga juta profesional yang bekerja di hampir setiap negara di dunia melalui sokongan, kerjasama, pendidikan dan penyelidikan global. Kami memajukan kerjaya, meningkatkan kejayaan organisasi dan memajukan lagi profesion pengurusan projek melalui piawaian, pensijilan, komuniti, sumber, peranti, penyelidikan akademik, penerbitan, kursus pembangunan profesional dan peluang-peluang rangkaian yang diiktiraf di peringkat global. Sebagai sebahagian daripada keluarga PMI, ProjectManagement.com mewujudkan komuniti global dalam talian yang menyampaikan lebih banyak sumber, peranti yang lebih baik, rangkaian yang lebih besar dan perspektif yang lebih meluas. Layari kami di www.PMI.orgwww.projectmanagement.com www.facebook.com/PMInstitute  dan di Twitter @PMInstitute.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12612

No comments:

Post a Comment