Thursday, October 10, 2019

GMAT™ OFFICIAL ADVANCED QUESTIONS KINI TERSEDIA

Soalan sukar yang diambil terus daripada peperiksaan GMAT terdahulu meluaskan pilihan pelajar untuk membuat persediaan bagi menghadapi ujian 

RESTON, Va., 2 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Graduate Management Admission Council™ (GMAC™), pentadbir Graduate Management Admission Test™ (GMAT™) dan persatuan global sekolah siswazah perniagaan yang terkemuka membuat pengumuman hari ini tentang keluaran GMAT™ Official Advanced Questions, iaitu satu-satunya bahan persediaan ujian yang mengandungi soalan sukar daripada peperiksaan GMAT terdahulu secara eksklusif.Produk tersebut melengkapi portfolio GMAT™ Official Prep, memberi calon pilihan untuk mencabar diri mereka selepas menyelesaikan soalan campuran aras mudah, sederhana dan sukar dalam GMAT™ Official Guide.

“Pemerolehan keyakinan untuk menyelesaikan soalan GMAT yang paling sukar dapat membantu meningkatkan prestasi dan keyakinan calon pada hari ujian,” kata Pam Brown, Pengarah Pengurusan Produk di GMAC.  “Kami mahu membantu calon ujian mencapai prestasi terbaik dan mendapati bahawa terdapat keperluan dalam pasaran untuk menyediakan alat yang mencabar minda mereka setelah menjawab soalan dalam GMAT’s Official Guide,” sambung Brown.“Dengan membaca Advanced Questions, calon akan berasa yakin pada hari ujian dan juga meningkatkan peluang mereka untuk memasuki sekolah sasaran.” 

GMATTM Official Advanced Questions yang mengandungi 150 soalan Taakulan Kuantitatif dan 150 soalan Taakulan Berbahasa memberi calon lebih banyak bahan untuk membuat persediaan yang menyeluruh dan mencabar minda mereka.  Pakar bidang yang mempunyai pengalaman berpuluh-puluh tahun dalam penulisan dan penyuntingan soalan GMAT menyediakan penerangan jawapan yang menyeluruh.Soalan dikategorikan mengikut “kemahiran asas” untuk membolehkan calon melaraskan pelan belajar mereka dengan struktur Laporan Skor Dipertingkat GMAT.

Sama seperti siri GMAT Official Guide, GMAT Official Advanced Questions tersedia untuk pembelian dalam bentuk cetakan atau e-buku melalui rakan kongsi GMAC, iaitu Wiley Efficient Learning.Kedua-dua versi tersebut merangkumi akses kepada Bank Soalan Dalam Talian untuk mewujudkan set latihan tersuai, memfokuskan kemahiran asas tertentu dan mengukur kemajuan.

Edisi Global GMAT Official Advanced Questions berharga USD$29.99.

Tentang GMAC

Graduate Management Admission Council (GMAC) merupakan persatuan sekolah siswazah perniagaan yang terkemuka di seluruh dunia.Ditubuhkan pada tahun 1953, kami komited untuk mewujudkan penyelesaian bagi sekolah perniagaan dan calon untuk penemuan, penilaian dan perhubungan yang lebih baik antara satu sama lain.Kami bekerja bagi pihak sekolah dan komuniti pendidikan pengurusan siswazah serta membimbing calon untuk melanjutkan pendidikan tinggi mereka untuk memastikan semua bakat dicungkil.

GMAC menyediakan penyelidikan terbaik di dunia, peluang dan penilaian pembangunan profesional untuk industri serta direka bentuk untuk memajukan kemasukan seni dan sains.Graduate Management Admission Test™ (GMAT™) yang dimiliki dan ditadbir oleh GMAC merupakan penilaian sekolah perniagaan yang paling banyak digunakan dan diiktiraf oleh 7,000 lebih program di seluruh dunia.

Portal utama kami untuk sumber dan maklumat pengurusan siswazah, www.mba.com, dilawati 6 juta kali dalam setahun dan menawarkan alat padanan Carian Sekolah serta perkhidmatan carian GMASS™ yang memadankan calon dengan sekolah perniagaan.

GMAC ialah organisasi global dengan pejabat di Hong Kong dan Shanghai, China; Gurugram, India; Singapura; London, United Kingdom dan Amerika Syarikat.Untuk ketahui lebih lanjut tentang kerja kami, sila lawati www.gmac.com.


Orang hubungan media:
Geoffrey Basye, Pengarah Perhubungan Media, GMAC
+1 (703) 668-9799 atau gbasye@gmac.com


Sumber: Graduate Management Admission Council

No comments:

Post a Comment