Sunday, October 13, 2019

PROJECT MANAGEMENT INSTITUTE MENGUMUMKAN LEMBAGA PENGARAH 2020



PHILADELPHIA, 7 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Project Management Institute (PMI), persatuan terkemuka di dunia bagi profesion pengurusan projek, program dan portfolio, hari ini mengumumkan Lembaga Pengarah mereka untuk tahun 2020. Keanggotaan PMI memilih badan pentadbir untuk berkhidmat selama tiga tahun. Empat pengarah yang dipilih oleh rakan-rakan mereka, berkhidmat sebagai pegawai PMI dan pengerusi-pengerusi  jawatankuasa:

Individu berikut akan berkhidmat sebagai Jawatankuasa Eksekutif untuk tahun 2020:
  • Pengerusi Lembaga PMI – Anthony (Tony) Appleby, MBA, PMP
  • Pengerusi Jawatankuasa Pemerhatian Strategi – Tejas Sura, MS, MBA, PMP, PfMP
  • Pengerusi Jawatankuasa Audit – Galen Townson, PMP
  • Pengerusi Jawatankuasa Pampasan – Caterina (Cathy) La Tona, BCS, PMP, PfMP
Pengarah berikut yang baharu dilantik akan berkhidmat untuk tempoh perkhidmatan 2020 - 2022:
  • Anca Slușanschi, MSc, PMP, ICP-APM
Pengarah-pengarah berikut akan terus berkhidmat pada tahun 2020:
  • Anthony (Tony) Appleby, MBA, PMP
  • Randall T. (Randy) Black, P.Eng., PMP
  • J. Davidson Frame, PhD, PMP, PMI Fellow
  • Teresa A. (Terri) Knudson, MBA, PMP, PgMP, PfMP
  • Caterina (Cathy) La Tona, BCS, PMP, PfMP
  • Beth Partleton, PMP, PMI Fellow
  • LuAnn Piccard, PMP
  • Jennifer Tharp, PMP
  • Roberto Toledo, MBA, PMP
  • Galen Townson, PMP
  • Tejas Sura, MS, MBA, PMP, PfMP
Maklumat mengenai Project Management Institute (PMI)

Project Management Institute (PMI) adalah persatuan yang terkemuka di dunia bagi mereka yang menganggap pengurusan projek, program atau portfolio sebagai profesion mereka. Melalui sokongan, kerjasama, pendidikan dan penyelidikan global, kami berusaha untuk mempersiapkan lebih daripada tiga juta profesional di seluruh dunia bagi Ekonomi Projek itu: ekonomi yang akan datang di mana kerja, dan individu, dirancang mengikut projek-projek. Merayakan ulang tahun ke-50 kami pada tahun 2019, kami bekerja di hampir setiap negara di dunia untuk memajukan kerjaya, meningkatkan kejayaan organisasi dan memajukan lagi profesion pengurusan projek melalui piawaian, pensijilan, komuniti, sumber, peranti, penyelidikan akademik, penerbitan, kursus pembangunan profesional dan peluang-peluang rangkaian yang diiktiraf di peringkat global. Sebagai sebahagian daripada keluarga PMI, ProjectManagement.com mewujudkan komuniti global dalam talian yang menyampaikan lebih banyak sumber, peranti yang lebih baik, rangkaian yang lebih besar dan perspektif yang lebih meluas. Layari kami di www.PMI.orgwww.projectmanagement.com,  www.facebook.com/PMInstitute  dan di Twitter @PMInstitute.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20191006005027/en/

Hubungi

Mary Ortega
mary.ortega@pmi.org

Sumber : Project Management Institute

No comments:

Post a Comment