Wednesday, October 2, 2019

PELANTIKAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

PUTRAJAYA, 30 Sept (Bernama) -- Seluruh warga Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia serta jabatan dan agensi di bawahnya merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada YBhg. Datuk Mohd Khairul Adib bin Abd Rahman di atas pelantikan beliau sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) yang baru berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2019. Beliau menggantikan YBhg. Tan Sri Borhan bin Dolah yang bersara wajib mulai 9 September 2019 yang lalu. 

Kementerian yakin dengan pengalaman beliau yang luas dalam pengurusan dan perkhidmatan awam akan membawa perkhidmatan awam ke arah yang lebih gemilang dan berintegriti tinggi pada masa hadapan.

Sekalung penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga turut dirakamkan kepada YBhg. Tan Sri Borhan bin Dolah, mantan KPPA di atas budi dan bakti beliau sepanjang menerajui dan membimbing sektor perkhidmatan awam Malaysia. Semoga beliau dikurniakan kesejahteraan dan selamat bersara.

Dikeluarkan oleh:
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia

Sumber: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia

No comments:

Post a Comment