Friday, October 4, 2019

ARCSERVE DAN SOPHOS MENGUMUMKAN PERIKATAN STRATEGIK UNTUK MENAWARKAN KESELAMATAN DAN PERLINDUNGAN DATA SEMUA DALAM SATU DARIPADA SERANGAN SIBER


· Perikatan global melambangkan matlamat pertama industri untuk memastikan pengurangan serangan siber melalui keselamatan dan perlindungan data berbilang lapisan
· Penyelesaian bersama secara unik menggabungkan teknologi pencegahan ancaman dengan keupayaan kesinambungan perniagaan di tapak dan di luar tapak bagi penyelesaian semua dalam satu yang boleh dikerahkan dalam masa 15 minit

AUSTIN, Texas, 25 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Arcserve, LLC, penyedia perlindungan data paling berpengalaman di dunia hari ini mengumumkan perikatan global dengan Sophos, peneraju dalam keselamatan rangkaian dan titik akhir, untuk menyediakan organisasi dengan perlindungan khusus untuk data yang disandarkan untuk memerangi ancaman siber. Menerusi kolaborasi ini, organisasi kini boleh menggunakan satu-satunya penyelesaian pasaran yang menyepadukan antiperisian tebusan dan teknologi pencegahan ancaman lain seperti AI pembelajaran mendalam untuk perisian hasad yang diketahui dan tidak diketahui, dan pemulihan bencana dan keupayaan ketersediaan tinggi yang memenangi anugerah bagi mencegah kehilangan data. Bersama-sama, penyelesaian baru ini menyampaikan pendekatan berbilang lapisan untuk mencegah, melindungi dan menangkis data sandaran daripada serangan siber.

Laporan yang dikeluarkan oleh Cybersecurity Ventures meramalkan kos seluruh dunia bagi perisian tebusan mencapai $11.5 bilion USD pada 2019 dan $20 bilion USD menjelang 2021, dengan serangan terhadap perniagaan berlaku setiap 14 saat menjelang hujung tahun ini. Memandangkan penjenayah siber mengambil kesempatan terhadap perusahaan secara berterusan untuk membuat keuntungan, perikatan ini akan menyediakan pendekatan serampang dua mata bagi kesediaan siber dan ketahanan IT kepada organisasi. Dengan menggabungkan keselamatan siber dan keupayaan perlindungan data dalam tawaran tunggal, perniagaan akan mempunyai penyelesaian menyeluruh yang meliputi keseluruhan keperluan infrastruktur.

Penyelesaian bersama ini akan disampaikan melalui Appliance Series Arcserve yang memenangi anugerah, satu-satunya peralatan lengkap siap guna bagi pemulihan bencana dan ketersediaan aplikasi. Arcserve Appliance Series yang dikuasakan oleh Arcserve Unified Data Protection (UDP) menggabungkan storan penduaan disingkirkan dipercepat kilat, pemprosesan pelayan yang kukuh, dan perangkaian berkelajuan tinggi dengan perkakasan lewah lebih yang tinggi dan perkhidmatan awan.

Arcserve Appliance akan menyepadukan Sophos Intercept X Advanced for Server, perlindungan titik akhir yang memenangi anugerah dengan kecerdasan buatan, untuk menyampaikan pendekatan perlindungan mendalam yang menyeluruh untuk memacu ketahanan data, sistem dan aplikasi.

“Penjenayah siber yang semakin kerap menyasarkan sistem sandaran sebagai cara untuk meningkatkan kemungkinan perniagaan yang terjejas membuat bayaran penebusan. Perlindungan khusus terhadap perisian hasad dan eksploitasi terkini memastikan data sandaran terus teguh menangkis ancaman paling terkedepan,” kata Francois Depayras, timbalan presiden jualan dan perikatan OEM Sophos. “Sophos Intercept X for Server penyediakan perisian antitebusan, antieksploitasi dan teknologi pembelajaran mendalam untuk menyediakan perlindungan peringkat tertinggi. Ini menjadikan Arcserve Appliance penyelesaian paling selamat yang tersedia dalam pasaran.”

“Banyak organisasi terpaksa melalui perbincangan ‘cara untuk membayar tebusan’. Kami mendapati ada jurang pasaran yang perlu diisi dan Sophos merupakan padanan sesuai. Kami tahu tentang perlindungan data dan mereka arif tentang keselamatan siber,” kata Oussama El-Hilali, CTO Arcserve. “Memandangkan ancaman menjadi semakin sukar untuk diperangi, perikatan ini mentransformasikan industri yang membawa perlindungan siber ke peringkat seterusnya dan memberi rakan-rakan usaha sama peluang untuk mendidik pelanggan tentang manfaat unik pertahanan serampang dua mata yang bersepadu untuk menentang jenayah siber.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12598

No comments:

Post a Comment