Sunday, October 13, 2019

AZBIL LANCAR SUIS FOTOELEKTRIK DENGAN RINTANGAN ALAM SEKITAR YANG LEBIH BAIK



Suis Fotoelektrik untuk Persekitaran yang Teruk Model H2B (Foto: Business Wire)

– Membolehkan Masa Henti Dikurangkan Disebabkan oleh Rintangan Bahan Pendingin yang Lebih Baik –

TOKYO, 8 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Azbil Corporation (TOKYO: 6845) telah memulakan jualan bagi Suis Fotoelektrik untuk Persekitaran yang Teruk Model H2B, yang direka untuk kegunaan jangka panjang dalam persekitaran yang teruk seperti yang terbabit di dalam proses pembuatan logam bagi peralatan pembuatan automotif.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20191007005323/en/

Dalam proses pembuatan logam itu bagi barisan pengeluaran untuk kenderaan dan bahagian automotif, suis fotoelektrik akan bersentuhan dengan pelbagai bahan pendingin yang berasaskan minyak, kerosakan akan kerap berlaku terutamanya disebabkan oleh bahan pendingin menembusi bahagian dalaman suis itu melalui rekahan dan kabel, atau cara lain. Model H2B itu telah direka untuk mengurangkan gangguan kepada barisan pengeluaran yang disebabkan oleh kerosakan suis, serta meningkatkan kecekapan pengendalian kilang.

Model H2B itu mempunyai ciri-ciri selongsong penuangan beracuan untuk rintangan kejutan dan sebuah penutup lensa kaca. Dengan meningkatkan adangan kabel dan saluran keluar, dan mengisi bahagian dalaman kabel dengan resin epoksi, Azbil telah meningkatkan perlindungan suis itu daripada bahan pendingin.

Ciri-ciri

1 Pembinaan yang tegap dan rintangan minyak yang lebih baik
  • Pembinaan selongsong penuangan beracuan dan penutup lensa kaca tidak menggunakan resin, yang menghalang rekahan.
  • Adangan yang pelbagai menghalang bahan pendingin daripada meresap masuk ke dalam celah-celah ruangan dan rekahan kecil yang lain.
  • Bahagian dalam kabel diisi dengan resin epoksi untuk mencegah bahan pendingin daripada meresap masuk.

2 Kemasukan bagi sebuah model yang termasuk satu belahan
  • Peningkatan prestasi pengesanan bagi objek-objek kecil disebabkan oleh alur cahaya yang sempit, yang berguna apabila mengesan peralatan yang mempunyai sebuah diameter kecil atau pembezaan bahagian yang berbentuk tidak teratur.
3 Kemasukan sebuah model standard dengan sebuah kabel 10 meter
  • Menghapuskan keperluan bagi sebuah sambungan kabel menghalang bahan pendingin daripada meresap ke dalam di mana kabel itu bersambung.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web berikut.
https://www.azbil.com/products/factory/factory-product/switch-sensor/photoelectric-switch/self-contained/lineup.html

Dengan dipandu oleh falsafah Kumpulan azbil iaitu “automasi yang berpusatkan manusia,” Azbil komited kepada menyampaikan produk yang memenuhi keperluan pelanggan, dengan menyediakan keselamatan, keselesaan, dan kepuasan.

Maklumat mengenai Azbil Corporation

Azbil Corporation, yang sebelum ini dikenali sebagai Yamatake Corporation, adalah sebuah syarikat yang terkemuka di dalam bidang automasi bangunan dan perindustrian, dengan menggunakan teknologi pengukuran dan kawalan mereka untuk menyediakan kepada pelanggan dengan penyelesaian nilai tambah yang tinggi untuk menjadikan operasi mereka lebih cekap dan mapan. Ditubuhkan pada tahun 1906, Azbil memberi perkhidmatan kepada pelanggan merentasi seluruh dunia dalam pelbagai jenis industri dan bertujuan menyumbang kepada keselamatan, keselesaan dan kepuasan orang ramai, dan pemeliharaan alam sekitar global. Setakat akhir Mac 2019, Azbil mempunyai 9,600 orang pekerja di seluruh dunia dan menjanakan pendapatan sebanyak ¥262 bilion.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.azbil.com/.


Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20191007005323/en/

Hubungi

Robert Jones / Masayoshi Kogai
Bahagian Perhubungan Awam, Azbil Corporation
Telefon: +81-3-6810-1006  E-mel: publicity@azbil.com

Sumber : Azbil Corporation

No comments:

Post a Comment