Tuesday, October 1, 2019

BITHARP MEMBAWAKAN CARA BAHARU UNTUK MELOMBONG KRIPTOWANG

WELLINGTON, New Zealand, 1 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Pasaran global untuk kriptowang yang berkembang dengan pantas kini teruja dengan pengenalan terkini dua rig perlombongan dengan reka bentuk luar biasa, Lyre Miner dan Harp Miner dari BitHarp Group Limited ( www.bitharp.com ).Produk ini dicipta untuk membolehkan peminat kasual serta pelombong kecil-kecilan untuk menjana keuntungan dari perlombongan kripto dan bukannya hanya berfokus pada penyokong setia pelombong yang berkecekapan tinggi dan celik teknologi.

Perlombongan kriptowang telah mengalami peningkatan yang serius melalui tahun-tahun ini.Namun, disebabkan sifat yang amat teknikal bagi domain ini, perlombongan kriptowang tiada skop untuk mereka yang mempunyai pengetahuan teknologi yang terhad.BitHarp telah mengubah persepsi dengan mencipta dua rig yang diprakonfigurasikan dan hanya perlu dipasangkan palam untuk pengalaman perlombongan kripto yang tidak rumit.

Dalam tempoh kurang daripada sebulan dalam pasaran, Lyre Miner dan Harp Miner telah digunakan oleh ramai pengguna biasa yang tiada latar belakang teknikal untuk memperoleh pulangan sihat bagi pelaburan mereka.Ini dimungkinkan dengan kuasa hash luar biasa yang ditawarkan oleh produk tersebut.Juga, dengan penggunaan tenaga rendah masing-masing sebanyak 600W dan 2400 W, Lyre Miner dan Harp Miner kini merupakan antara perkakasan perlombongan cekap tenaga dalam pasaran.

Lyre Miner dan Harp Miner boleh digunakan untuk melombong Bitcoin, Ethereum, Litecoin, dan Dash dengan kuasa hash berikut.

Lyre Miner: 335 TH/s untuk Bitcoin, 55 GH/s untuk Litecoin, 14 GH/s untuk Ethereum dan 9 TH/s untuk Dash

Harp Miner: 2000 TH/s untuk Bitcoin 300 GH/s untuk Litecoin, 75 GH/s untuk Ethereum dan 50 TH/s untuk Dash

Pelombong daripada BitHarp sesuai digunakan di rumah kerana produk ini menjana haba dan hingar yang rendah.Selain itu, tidak seperti ratusan produk dalam pasaran, Lyre Miner dan Harp Miner tidak memerlukan ruang yang besar.BitHarp sedang menjalankan kempen promosi 3 tambah 1 untuk kedua-dua produk mereka yang akan tamat pada 2 Oktober.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Lyre Miner dan Harp Miner, sila lawati https://www.bitharp.com/

Tentang BitHarp:BitHarp merupakan pengeluar kriptowang berpangkalan di New Zealand bagi rig Perlombongan yang paling berprestasi tinggi dan fleksibel yang dibina dengan matlamat untuk menjadikan perlombongan lebih mudah dan lebih menguntungkan untuk pelabur.

Orang Hubungan Media
Alexa Zimine
alexa@bitharp.com
+64 04 889 3268  

SUMBER : Bitharp Group Limited

No comments:

Post a Comment