Wednesday, October 23, 2019

Nippon Express (India) laksana aktiviti sumbangan sosial

KUALA LUMPUR, 22 Okt -- Nippon Express (India) Private Ltd (NE India), subsidiari Nippon Express Co Ltd telah melancarkan aktiviti sumbangan sosial untuk masyarakat setempat.

Berdasarkan cadangan daripada pekerja, syarikat telah menetapkan Sabtu kelima setiap bulan, yang berlaku beberapa kali setiap tahun, sebagai 'hari untuk aktiviti'.

Cawangan utama NE India telah mengadakan perbincangan dan pekerja bebas merancang aktiviti yang akan dilakukan, menurut syarikat dalam satu kenyataan.

Syarikat juga telah memperkenalkan sistem sokongan untuk memudahkan penyertaan pekerja yang menarik kira-kira 80 peratus daripada pekerja mengambil bahagian dalam aktiviti pada Jun dan Ogos.

Antara aktiviti utama adalah lawatan ke rumah anak yatim, sekolah dan kemudahan penjagaan warga emas, mengedarkan makanan di kawasan perumahan pekerja, penyertaan dalam program menghijaukan kawasan dan menderma darah di hospital-hospital kanser.

NE India mengiktiraf aktiviti-aktiviti ini sebagai tanggungjawab sosial korporat dan akan meneruskannya di bawah usaha warga korporat yang baik.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment