Sunday, October 13, 2019

MENTERI PENDIDIKAN TERAJUI USAHA PEMULIHAN SUNGAI ULU BENUT, SIMPANG RENGGAM


KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Sungai, sebagai salah satu unsur alam semula jadi ciptaan Tuhan merupakan satu khazanah yang perlu kita pelihara supaya fungsinya dalam kehidupan makhluk di dunia ini sentiasa berkekalan. Di Malaysia, kita amat beruntung kerana dikurniakan banyak sungai untuk kegunaan masyarakat tempatan biarpun corak kehidupan manusia pada masa ini telah berubah. Pergantungan manusia kepada sungai masih terus berkekalan namun disebabkan sikap manusia yang tidak bertanggungjawab maka hari ini kita mendapati kebanyakan sungai di negara kita semakin tercemar. Masyarakat hari ini perlu menyedari bahawa sungai memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan seharian baik dari segi sosial, ekonomi mahupun dari segi politik.

Kepentingan ini turut dititik beratkan oleh Ahli Parlimen Simpang Renggam, YB Dr. Maszlee Malik yang juga terpalit dengan permasalahan yang melibatkan pencemaran sungai di kawasan beliau. Sungai Ulu Benut di Simpang Renggam yang dahulunya indah bertukar menjadi hitam dan berbau busuk telah mencemaskan penduduk sekitar yang tidak mahu masalah yang menimpa Sungai Kim-Kim berulang di tempat mereka.

Disebalik kesibukan beliau menerajui Kementerian Pendidikan Malaysia, beliau tidak sekali-sekali mengabaikan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen. Tindakan pantas YB yang bekerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar, kerajaan negeri dan Kementerian Air, Tanah, dan Sumber Asli mendapati punca pencemaran utama sungai berkenaan ialah kolam air larutan resapan (leachate) di tapak pelupusan CEP 1 Simpang Renggam yang pecah. Selain itu, punca pencemaran lain yang dikenal pasti adalah operasi pusat penternakan ayam yang berdekatan dengan sungai. Pencemaran ini telah mengakibatkan pencemaran ammonia yang telah menyebabkan ikan-ikan di sungai ini mati.

YB Dr. Maszlee segera mengarahkan tapak pelupusan CEP 1 ditutup dengan segera. Operasi ladang penternakan ayam yang berlesen mahupun tidak berlesen akan diambil tindakan sekiranya didapati mencemarkan sungai. Tindakan ini menunjukkan kesan yang positif apabila sungai-sungai di Simpang Renggam pulih seperti sedia kala dan kembali dimeriahkan dengan aktiviti riadah oleh penduduk tempatan.

Usaha memelihara dan memulihara kebersihan sungai tidak harus hanya diletakkan kepada ahli politik dan pihak berkuasa sahaja. Orang ramai perlu bertanggungjawab dan bekerjasama dengan pihak berwajib bagi memelihara dan memulihara sungai-sungai kita agar dapat kita wariskan kepada generasi kita yang akan datang. Usaha memelihara keindahan sungai perlu sentiasa berterusan dan menjadi tanggungjawab semua pihak bak kata pepatah, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Sikap sambil lewa atau sikap suka lepas tangan dalam usaha memelihara kebersihan sungai harus kita jauhi sebelum nasi menjadi bubur. Segala-galanya terletak di tangan kita, tepuk dada tanya selera.

Sila lihat pautan di bawah untuk info selanjutnya :
https://drive.google.com/file/d/1fox03o_1bSj7ogvZFDohwJ37AcIxvanN/view?usp=sharing

DR MASZLEE MALIK

Dr. Maszlee Malik merupakan ahli politik Malaysia. Beliau merupakan ahli parlimen bagi Simpang Renggam dan Menteri Pendidikan Malaysia. Beliau pernah mengajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan telah menulis beberapa buku.

Dilahirkan di Johor Bahru, Johor, beliau berasal dari Cina Hakka sebelah ibunya dan bapanya berketurunan Melayu. Beliau pernah bersekolah di Sekolah Melayu Johor Bahru, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Penggawa Timur, Kolej Inggeris dan Maahad Johor.

Beliau menamatkan ijazah kedoktorannya dalam Sains Politik dari Universiti Durham dengan tesis kedoktorannya yang bertajuk "Membina Arkitek dan Merumuskan Artikulasi Tadbir Islam: Satu Percubaan Percubaan dalam Epistemologi Islam". Sebelum dipilih, beliau mengajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan belajar Islam dan Timur Tengah. Selain bercakap bahasa Melayu, Arab dan Inggeris, beliau juga fasih bahasa Perancis, Jerman, Cina dan Hokkien yang sederhana.

Maszlee menyertai parti komponen utama Pakatan Harapan (PH), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada Mac 2018 dan mengalahkan penyandang Liang Teck Meng untuk kawasan pilihan raya Simpang Renggam pada pilihan raya umum ke-14.

Sumber : PADU

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Nama : Afiza binti Aksan
PADU
Pengurus Kanan
Pengurusan Perubahan dan Komunikasi
Tel : 019-277 7162
Emel : afiza@padu.edu.my


Nama : Ednel Ashraff bin Misran
PADU
Pengurus
Pengurusan Perubahan dan Komunikasi
Tel : 012-667 2121
Emel : ednel@padu.edu.my


--BERNAMA

No comments:

Post a Comment