Sunday, October 13, 2019

PAMERAN OPTIK ANTARABANGSA HONG KONG DIBUKA PADA NOVEMBER



Table
Pameran Optik Antarabangsa Hong Kong Dibuka pada November

HONG KONG, 8 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Edisi ke-27 bagi Pameran Optik Antarabangsa Hong Kong HKTDC akan diadakan dari 6 hingga 8 Nov 2019 di Pusat Konvensyen dan Pameran Hong Kong. Tahun ini, pameran itu akan mengalu-alukan kira-kira 800 pempamer dari 20 buah negara dan wilayah.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:  https://www.businesswire.com/news/home/20191007005884/en/

Tempat pasaran utama memperluaskan batasan global

Tahun ini, pameran itu termasuk pavilion kumpulan yang mewakili Perancis, Itali, Jepun, Korea, Taiwan, Visionaries of Style (VOS) serta Persatuan Pengeluar Optik Hong Kong (HKOMA). Pavilion Tanah Besar China akan mengumpulkan pempamer dari Yingtan dari Wilayah Jiangxi, Danyang dari Wilayah Jiangsu, Mayu dari Wilayah Zhejiang dan Chongqing. Edisi pameran 2018 itu telah menarik lebih daripada 16,800 pembeli dari 111 buah negara dan wilayah, sekali gus membuktikan status ulung Hong Kong sebagai sebuah hab global bagi perniagaan optik.

Meningkatkan pendedahan jenama

Galeri Nama Jenama yang ditonjolkan itu akan menempatkan kira-kira 200 jenama terkenal dari seluruh dunia. Jenama baharu yang dipamerkan termasuk Absolute Vintage Eyewear (Hong Kong), NANOVISTA (Sepanyol), PUGNALE (Itali) dan banyak lagi. Jenama antarabangsa lain yang berprestij termasuk Etnia Barcelona (Sepanyol), Markus-t (Jerman), Matsuda (Jepun), Minima (Perancis), Savile Row (United Kingdom) Stepper (Jerman), dan lain-lain akan juga memperagakan produk mereka pada pameran itu. Eyewear Parades oleh model-model profesional akan diadakan untuk menunjukkan pandangan bergaya yang berbeza bagi cermin mata.

Kanta sentuh semakin popular

Permintaan untuk kanta sentuh terus berkembang di pasaran global. Zon “Kanta Sentuh & Aksesori” kembali pada tahun ini untuk menjawab peningkatan dalam permintaan ini. Ia terletak di Aras 2 Mezanin untuk mendapatkan sumber dengan mudah.

Pameran itu juga termasuk zon bertema yang lain, yang menyoroti pelbagai produk yang terdiri daripada kacamata profesional, aksesori, bingkai, kanta, instrumen diagnostik untuk instrumen optometrik.

Trend yang diperkatakan

Satu acara yang diketengahkan - Simposium Optometrik Antarabangsa Hong Kong ke-17, yang dianjurkan bersama oleh HKTDC, HKOA dan HK PolyU, akan mengalu-alukan pakar-pakar dari New Zealand, Amerika Syarikat, Malaysia, Tanah Besar China dan Hong Kong untuk berkongsi pandangan mereka mengenai topik “Kemajuan dalam Pengkhususan Optometrik.” Acara lain seperti seminar dan forum trend akan diadakan untuk membolehkan pelawat melihat perkembangan industri terkini.

Pembeli Perdagangan, Daftar untuk kemasukan percuma e-Lencana:

https://bit.ly/2IzE5gm

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20191007005884/en/

Hubungi

Pertanyaan:
Majlis Pembangunan Perdagangan Hong Kong
Cathy Li: cathy.hm.li@hktdc.org

Sumber : Majlis Pembangunan Perdagangan Hong Kong

No comments:

Post a Comment