Wednesday, October 30, 2019

"UPIN & IPIN FUN RUN MELAKA 2019"

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Les’ Copaque Production dengan kerjasama JomRun akan menganjurkan “Upin & Ipin Fun Run 2019” yang bakal diadakan di MITC Melaka pada 30 November 2019. Ia diadakan serentak dengan Karnival Upin & Ipin, Melaka 2019 yang merupakan karnival keluarga terbesar dan sentiasa dinanti-nantikan pada setiap tahun bermula 29 November hingga 1 Disember 2019.

Jarak larian bagi “Upin & Ipin Fun Run 2019” adalah sejauh 5KM dan terbuka kepada semua peringkat umur dengan yuran penyertaan serendah RM35 bagi pendaftaran awal. Peserta juga boleh mendapatkan tawaran istimewa dengan pembelian pakej keluarga bersama tiket Karnival Upin & Ipin 2019. Setiap penyertaan Upin & Ipin Fun Run 2019 akan menerima baju larian eksklusif, bib larian, beg jerut, barangan Upin & Ipin berserta medal larian.

Larian yang akan bermula pada 7 pagi ini akan diselitkan dengan pelbagai aktiviti sampingan bagi menceriakan ibubapa dan anak-anak untuk meneruskan larian ke garisan penamat. Maskot Upin dan Ipin akan turut membuat kemunculan bagi memberikan semangat kepada para peserta. Untuk menyertai “Upin & Ipin Fun Run 2019” daftar di http://jomrun.com sebelum 1 Nov 2019. Tempat adalah terhad.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12720

No comments:

Post a Comment