Wednesday, October 9, 2019

ZHIYUN MENGUMUMKAN GIMBAL MUDAH ALIH SMOOTH-Q2


Pelancaran rasmi bagi gimbal paling serba boleh buat bakal pembuat filem


SHENZHEN, China Okt 1 (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Zhiyun, pengeluar gimbal terkemuka di dunia, dengan sukacitanya ingin mengumumkan pelancaran rasmi gimbal mudah alih SMOOTH-Q2 yang ultra-ringan dan bersaiz poket. Selepas kejayaan pelancaran bagi kempen Kickstarter yang melebihi jangkaan kami dari segi sambutan dan kepuasan pelanggan, Zhiyun amat bangga untuk membawa SMOOTH-Q2 ke pasaran.

Dengan berbekalkan hanya sebuah telefon pintar dan SMOOTH-Q2, pengguna boleh menjadi lebih kreatif di dalam sinematografi mereka dan mengembangkan penghasilan mereka untuk mengubah sebuah telefon pintar biasa ke dalam sebuah kamera profesional dalam hanya beberapa saat.

SMOOTH-Q2 bukan merupakan gimbal biasa kerana ia mempunyai ciri-ciri badan yang paling kecil tetapi mantap dengan 17 jam hayat bateri, sebuah port USB mikro yang berfungsi sebagai sebuah bank kuasa untuk telefon anda. SMOOTH-Q2 berupaya untuk mengakses kamera iOS natif atau telefon Android untuk penggambaran foto/video. Sama seperti pembuat filem profesional, anda boleh melakukan timelapse, rakaman Vertigo, pengesanan objek dan panorama. Mod POV jarak jauh dan ciri mod Vorteks membolehkan anda untuk menzahirkan gaya filem peribadi anda.

Seperti yang dinyatakan dalam kempen Kickstarter itu, SMOOTH-Q2 menawarkan satu mod penunjuk intuitif LED, satu mod pantas lima hala untuk menukar kayu bedik, sebuah butang rekod foto/video, dan sokongan bagi aksesori lubang skru ¼ inci. SMOOTH-Q2 adalah sebuah gimbal yang padat dan ringan yang dibina dari aloi aluminium dan mempunyai ketahanan motor, kebolehpercayaan dan hayat panjang yang dipertingkatkan.

SMOOTH-Q2 adalah benar-benar merupakan sebuah teman bagi pencipta video dan boleh mengembang pada sesiapa sahaja yang ingin menggunakan gimbal sebagai sebuah peranti yang stabil dan kreatif untuk merakam pemandangan yang menakjubkan dan video aksi tanpa goncangan atau kekaburan kamera. Anda tidak lagi perlu mengambil rakaman yang ketar dan membosankan. SMOOTH-Q2 telah membuatkannya mudah untuk anda.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12625

No comments:

Post a Comment