Tuesday, October 1, 2019

FUSIONEX DAN IMU MEMPERKENALKAN ANALISIS DATA BESAR UNTUK MEMPERCEPAT PENDIDIKAN DAN PENYELIDIKAN PERUBATAN

Perintis R&D perubatan yang dikuasakan AI yang pertama di negara ini

KUALA LUMPUR, Malaysia, 20 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Penyedia teknologi data yang telah memenangi pelbagai anugerah, Fusionex, dan universiti sains perubatan dan kesihatan swasta perintis Malaysia, Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) sedang mengambil satu langkah berani untuk mengintegrasikan Analisis Data Besar (BDA) dan Kecerdasan Buatan (AI) di dalam program sains perubatan dan kesihatan IMU. Dalam usaha untuk melengkapkan pembekal penjagaan kesihatan masa hadapan dengan set kemahiran dan pengetahuan yang betul, kerjasama ini akan menyaksikan lima program sarjana muda IMU masing-masing mengendalikan sebuah modul BDA.
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190919005966/en/ 


Lima program itu adalah Sarjana Muda Farmasi (Kepujian), BSc (Kepujian) dalam Bioteknologi Perubatan, BSc (Kepujian) dalam Dietetik dengan Pemakanan, BSc (Kepujian) dalam Pemakanan, dan BSc (Kepujian) dalam Sains Bioperubatan. Ini akan menjadi sebahagian daripada program ijazah bukan ICT yang pertama untuk mengintegrasikan BDA sebagai sebahagian daripada sukatan pelajaran mereka.

Untuk memenuhi keperluan teknologi masa hadapan bagi industri itu, Fusionex akan menggunakan platform AI dan BDA mereka, Fusionex GIANT, untuk digabungkan ke dalam program yang ditawarkan oleh IMU.

Program-program ini akan menyediakan empat keputusan: satu gambaran keseluruhan mengenai kitaran hayat analisis, bagaimana analisis menyumbang kepada industri penjagaan kesihatan, mengapa membuat keputusan yang berasaskan data menjadi kunci bagi sebuah organisasi, dan secara efektif menggunakan kemahiran analisis dan AI dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan.

Fusionex dan IMU juga telah menyatakan komitmen untuk mengintegrasikan bidang teknologi dan perubatan dengan pertukaran satu Memorandum Perjanjian (MoA). MoA itu diserahkan oleh Timbalan Naib Canselor IMU Profesor Peter Pook dan Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex Dato' Seri Ivan Teh semasa Forum Analisis Data Besar Penjagaan Kesihatan.

Forum itu telah diadakan di kampus IMU dan dianjurkan bersama oleh IMU, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), dan Fusionex.

MoA itu menyaksikan kedua-dua pihak memanfaatkan kekuatan mereka masing-masing -- Fusionex menggunakan BDA dan AI, dan IMU menyalurkan kepakaran dan pengetahuan mereka di dalam industri penjagaan kesihatan -- untuk bekerja bersama-sama dalam pelbagai aspek Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) perubatan termasuk maklumat kanser, ubat-ubatan lanjutan, reka bentuk vaksin, dan analisis penjagaan kesihatan.

Dalam usaha untuk membina sebuah projek AI pembelajaran sendiri, program itu perlu disalurkan dengan berbilion titik data. Hanya dengan latihan yang luas ini maka AI boleh mula menggambar, mendiagnosis, menguji, dan meramalkan hasil perubatan secara bijak, dengan pantas dan tepat.

Untuk mencapai matlamat ini, platform GIANT itu menghubungkan kepada titik data IMU, menyatukan, dan menganalisis data itu menerusi teknologi AI mereka untuk membongkarkan pola dan trend, dan menghasilkan pandangan yang berharga bagi membolehkan pasukan R&D IMU menggunakannya. Wawasan ini menawarkan faedah yang tidak dapat diukur dalam bentuk nilai, termasuk mengurangkan diagnosis dan tempoh rawatan bagi pesakit dan mencapai kejayaan dalam penyelidikan perubatan, yang akhirnya menyelamatkan nyawa. Data yang tidak berstruktur di luar universiti termasuk ubat-ubatan baharu di pasaran dan kesannya, atau penemuan dan pengumuman baharu oleh Kementerian Kesihatan atau Pertubuhan Kesihatan Sedunia, boleh dikumpul dan dimasukkan ke dalam enjin AI untuk meneruskan usaha R&D IMU.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama di bawah MoA itu, pasukan penyelidikan dari IMU juga akan dilengkapi dengan pengetahuan tentang BDA dan AI, terutamanya mengenai bagaimana untuk secara efektif menggunakan GIANT, termasuk mencari pola di dalam data dan menganalisis pandangan yang diperolehi daripada data tersebut. Jurulatih, saintis data, dan pakar bahan Fusionex akan bersedia untuk mendidik dan membantu IMU dalam menguruskan teknologi yang disediakan itu untuk mencapai kesediaan BDA dan AI.

No comments:

Post a Comment