Monday, October 14, 2019

FIRMA-FIRMA ASING BERKEMBANG DI KAWASAN BAHARU BINHAI DI TIANJIN KERANA PERKHIDMATAN PELABURAN YANG MANTAP

TIANJIN, China, 14 Okt., 2019 /Xinhua-AsiaNet/--

Kemudahan sokongan serantau yang kukuh di Kawasan Baharu Binhai di Tianjin dan persekitaran perkhidmatan pelaburan yang lebih baik telah menarik sebilangan besar perusahaan yang dibiayai pihak asing untuk menetap dan membangun. PPG Coatings (Tianjin) Co., Ltd. telah menetap di Kawasan Pembangunan Teknologi Ekonomi Tianjin (TEDA) pada tahun 1994, dan telah secara beransur-ansur berkembang menjadi sebuah pangkalan pengeluaran salutan PPG yang terbesar di dunia.

PPG telah mengumumkan pada tahun lalu bahawa pusat inovasi cat yang paling canggih di dunia akan diwujudkan di TEDA. Projek itu adalah satu-satunya pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) bertaraf global di luar Amerika Syarikat serta pusat R&D bertaraf global yang pertama dibiayai oleh pihak asing di TEDA. Pusat inovasi itu dijadualkan siap dan mula beroperasi pada tahun 2021 dan akan memberi perkhidmatan kepada kesemua bahagian PPG serta pelanggan di China, Asia dan di seluruh dunia.

Pengurus Besar PPG Asia Pasifik, Yan Caiming, merupakan satu daripada kumpulan pertama pekerja tempatan. “Pengawal selia tempatan sentiasa memberi keutamaan kepada pelabur,” kata beliau. “Mereka menawarkan perkhidmatan sehenti dan mengelakkan kami dari pergi ke sana dan ke mari. Dedikasi mereka untuk memberi perkhidmatan kepada pelabur asing telah membantu kami berkembang di sini.”

Diwujudkan pada tahun 2015, CSCC adalah sebuah perusahaan pemilikan bercampur milik negeri yang menawarkan perkhidmatan pembiayaan rantaian bekalan. Ia menetap di TEDA pada tahun 2015 dan telah menubuhkan sebuah “bengkel kewangan” moden.

Liu Changbo, naib presiden kanan bagi syarikat itu, berkata Kawasan Baharu Binhai telah menjadi sebuah perintis di dalam pembaharuan dan inovasi, ketika pelbagai dasar yang menggalakkan untuk memberi perkhidmatan kepada perusahaan dan menggalakkan ekonomi telah diperkenalkan pada tahun-tahun kebelakangan ini. “Kami akan memanfaatkan sumber-sumber kawasan baharu itu untuk memberi perkhidmatan kepada negara dan mewujudkan sebuah ekosistem perindustrian dan kewangan yang baik bagi perusahaan melalui inovasi saintifik dan teknologi,” kata beliau.

Sumber: Pusat Pertumpuan Media dengan Kawasan Baharu Binhai Tianjin

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12664

No comments:

Post a Comment