Friday, December 17, 2021

BERJAYA SOMPO INSURANCE MENGADAKAN DISKAUN EKSKLUSIF UNTUK PROFESIONAL PENJAGAAN KESIHATAN

Tawaran diterima pakai untuk polisi SOMPO Motor dan SOMPO MotorSafe

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Berjaya Sompo Insurance Berhad (“Berjaya Sompo”) kini menawarkan diskaun 10% untuk polisi SOMPO Motor dan SOMPO MotorSafe, secara eksklusif untuk pekerja penjagaan kesihatan terpilih. Pekerjaan yang layak untuk mendapatkan diskaun adalah doktor pergigian, pakar dermatologi, doktor, kakitangan hospital, pengamal perubatan, jururawat, ahli patologi, ahli farmasi, pakar psikiatri dan ahli terapi.

Encik Tan Sek Kee, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Berjaya Sompo berkata, “Sebagai sebuah syarikat insurans, Berjaya Sompo sangat memberi tumpuan dalam memastikan kesejahteraan orang ramai daripada semua lapisan masyarakat dilindungi. Oleh itu, selaras dengan komitmen kami untuk menyediakan penyelesaian berkualiti demi kepentingan terbaik pelanggan kami, kami amat berbesar hati untuk memberikan diskaun 10% kepada pekerja penjagaan kesihatan apabila mereka membeli polisi SOMPO Motor atau SOMPO MotorSafe kami”.

“Kami amat berharap bahawa mereka yang bekerja di dalam industri penjagaan kesihatan akan mendapat manfaat daripada penjimatan ini. Berjaya Sompo juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan sokongan ikhlas kami kepada pekerja penjagaan kesihatan kami di atas usaha dan pengorbanan mereka dalam memerangi COVID-19,” kata Encik Tan.
 
Maklumat mengenai SOMPO Motor dan SOMPO MotorSafe

SOMPO Motor adalah satu polisi Insurans Komprehensif Kereta Persendirian yang melindungi pemegang polisi untuk kerosakan akibat kemalangan atau kebakaran pada kenderaan, kecurian kenderaan dan liabiliti kepada pihak lain untuk kecederaan atau kematian dan kerosakan pada harta pihak lain.
 
Dilancarkan pada Ogos 2021, SOMPO MotorSafe adalah satu perlindungan insurans motor telematik berasaskan penggunaan yang berinovatif yang sesuai untuk pemandu perbatuan rendah dengan fleksibiliti membayar mengikut jarak perbatuan  mereka. 
 
Ia mempunyai tiga (3) pelan perbatuan yang berbeza untuk disesuaikan dengan penggunaan bagi setiap kenderaan pada satu premium yang berpatutan, iaitu: sehingga 5,000 km, sehingga 10,000 km dan sehingga 15,000 km. Pelanggan boleh memilih daripada 3 pelan perbatuan yang tersedia dengan satu tambah nilai sehingga pelan tersedia yang berikutnya atau pelan perbatuan penuh sekiranya mereka hampir melebihi jarak perbatuan yang dipilih.
 
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk dan perkhidmatan Berjaya Sompo Insurance, sila layari www.berjayasompo.com.my . 

Kindly download images from this link: https://drive.google.com/drive/folders/1JDc7kT7kf6Vntt_XA2SDRPIOm0ABJG2d?usp=sharing 

Sumber: Berjaya Sompo Insurance Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Samantha Onn, Manager
PR and Communications
Berjaya Sompo Insurance Berhad
H/P: +6018 – 272 7221
Tel: +603 - 2170 7000
Emel: hmonn@bsompo.com.my 

Nama: Samantha David, Assistant Manager
PR and Communications
Berjaya Sompo Insurance Berhad
H/P: +6016 – 314 1085
Tel: +603 - 2170 7000
Emel: samantha.david@bsompo.com.my  

ATAU emel: pr@bsompo.com.my 

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment