Thursday, December 16, 2021

BEYOND2020 MENINGKATKAN AKSES AIR BAGI 18,000 WARGA FILIPINA DI KAWASAN LUAR BANDAR TANAH TINGGI

Beyond2020 Filipina (Foto: AETOSWire)


· Pengerahan terbaharu itu meningkatkan dengan ketara kehidupan bagi dua komuniti tanah tinggi dengan mendapatkan bekalan air yang boleh dipercayai 24/7 dengan menggunakan teknologi neutral karbon

ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 16 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Beyond2020 kembali ke Asia Tenggara berikutan penglibatan mapan utama di Indonesia dan Kemboja, dengan satu pengerahan yang meningkatkan kualiti kehidupan bagi 18,000 orang di Filipina dengan meningkatkan akses air dan mengurangkan kos air sebanyak 85%. Empat pam ram hidraulik dan 13 kios sedang digunakan untuk memberi impak kepada 3,000 penduduk di kampung Cabagnaan di Wilayah Negros Occidental dan 15,000 orang di 14 kampung merentasi Altavista di Wilayah Leyte.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: 
https://www.businesswire.com/news/home/20211215005619/en/

Teknologi berinovatif itu merupakan satu peningkatan bagi sebuah sistem yang dicipta lebih 240 tahun lalu yang membawa air naik ke atas bukit tanpa menggunakan elektrik atau bahan api dan pelepasan gas berbahaya.

Dilancarkan oleh Hadiah Kelestarian Zayed dengan kerjasama beberapa organisasi terkemuka, inisiatif Beyond2020 itu mencontohi legasi kemanusiaan bagi bapa pengasas UAE, allahyarham Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan dengan menyumbangkan teknologi dan penyelesaian yang mapan kepada komuniti yang rentan di seluruh dunia. Filipina menandakan pengerahan kesepuluh bagi Beyond2020, yang secara berkesan menangani beberapa daripada cabaran pembangunan mapan yang paling mendesak di dunia, menyediakan penjagaan kesihatan yang berkualiti, makanan berkhasiat, tenaga penting, dan akses kepada air selamat untuk diminum dan sanitasi.

T.Y.T. Mohammed Obaid Al Zaabi, Duta UAE ke Filipina, berkata: “Sebagai satu inisiatif kemanusiaan yang meluas yang diterajui oleh kerajaan UAE dan kepimpinan mereka yang bijak untuk memacukan pertumbuhan ekonomi yang mapan di peringkat global, Beyond2020 menawarkan penyelesaian penting dan mengubah kehidupan kepada penerima di seluruh dunia. Penggunaan inisiatif itu di Filipina menawarkan kepada komuniti dengan penyelesaian teknologi air yang berinovatif yang bertujuan meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan penduduk luar bandar melalui impak jangka panjang, membuka jalan bagi gaya hidup yang lebih mudah, selamat dan lebih mapan.”

No comments:

Post a Comment