Thursday, December 9, 2021

PRESTIGE BIOPHARMA DAN DR. REDDY'S MENGUMUMKAN PERKONGSIAN UNTUK MENGKOMERSIALKAN TRASTUZUMAB BIOSIMILAR DI NEGARA-NEGARA TERPILIH DI AMERIKA LATIN DAN ASIA TENGGARA


SINGAPURA & HYDERABAD, India, 9 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Prestige BioPharma Ltd. (KRX: 950210) dan Dr. Reddy’s Laboratories Ltd. (BSE: 500124, NSE: DRREDDY, NYSE: RDY, NSEIFSC: DRREDDY, selepas ini dirujuk sebagai “Dr. Reddy's”) hari ini mengumumkan bahawa kedua-dua syarikat itu telah menandatangani satu perjanjian untuk satu perkongsian eksklusif bagi pembekalan dan pengkomersilan trastuzumab biosimilar yang dicadangkan oleh Prestige BioPharma di negara-negara terpilih di Amerika Latin dan Asia Tenggara.

Trastuzumab Prestige BioPharma (HD201) ialah satu cadangan biosimilar kepada Roche's Herceptin® dan boleh dipreskripsikan untuk rawatan payudara positif HER2 dan kanser gastrik metastatik. Trastuzumab menyasarkan faktor 2 pertumbuhan epidermis manusia (HER2). Dalam sesetengah jenis sel kanser, HER2 terlalu tertekan dan merangsangkan pertumbuhan sel kanser. Trastuzumab berfungsi dengan mengikat secara selektif kepada HER2, dengan itu menghentikan pertumbuhan sel-sel kanser ini.

Perjanjian lesen memberikan Dr. Reddy’s dengan hak eksklusif kepada mengkomersialkan cadangan biosimilar itu di negara-negara terpilih di Amerika Latin dan Asia Tenggara. Di bawah perkongsian ini, Prestige BioPharma akan bertanggungjawab untuk bekalan komersial HD201 yang mapan daripada kemudahan pembuatannya di Osong, Korea Selatan, manakala Dr. Reddy’s akan bertanggungjawab untuk pendaftaran, pemasaran dan penjualan tempatan di wilayah berlesen.

Lisa S. Park, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Prestige BioPharma, mengulas: “Kami gembira kerana dapat menjalin satu perkongsian dengan Dr. Reddy’s untuk pasaran utama di Amerika Latin dan Asia Tenggara. Dr. Reddy's ialah rakan kongsi yang ideal untuk mengkomersialkan biosimilar utama kami di wilayah ini. Dengan kerjasama ini, kami berharap dapat mengukuhkan lagi nilai program biosimilar kami di pasaran global.”

M.V. Ramana, Ketua Pegawai Eksekutif – Pasaran Berjenama (India & Pasaran Baru Muncul), Dr. Reddy’s, berkata: “Selaras dengan tujuan kami untuk mempercepatkan akses kepada ubat-ubatan yang berpatutan dan berinovatif, kami gembira untuk membawa ubat yang dapat menyelamatkan nyawa ini kepada pesakit yang memerlukan. Perkongsian kami dengan Prestige BioPharma akan membantu kami menggabungkan kepakaran mereka yang mantap dalam bidang biosimilar dengan kekuatan komersil dan cita-cita pertumbuhan kami dalam pasaran ini. Ini adalah selaras dengan hasrat kami yang dinyatakan untuk mewujudkan satu portfolio bagi produk onkologi dan mengembangkan penawaran biosimilar kami di Pasaran Baru Muncul.”

Maklumat mengenai Prestige BioPharma Limited:
PRESTIGE BIOPHARMA LTD (PBP) ialah sebuah syarikat biofarmaseutikal yang berpangkalan di Singapura yang beroperasi di Amerika Syarikat dan Korea, mengkhususkan dalam penemuan dan pembangunan biosimilars, antibodi dan vaksin baharu. PBP berusaha untuk menjadi sebuah inovator global melalui pembangunan mAb kelas pertama termasuk PBP1510 anti-PAUF mAb untuk kanser pankreas yang baru-baru ini mendapat designasi orphan daripada FDA, EMA dan MFDS. Portfolio biosimilar PBP yang kaya dalam pelbagai peringkat termasuk HD204 bevacizumab dalam Fasa 3 global, PBP1502 adalimumab dalam Fasa 1 dan lain-lain, bertujuan untuk menyediakan ubat berkualiti mampu milik kepada mereka yang memerlukan. Perniagaan PBP juga termasuk pembangunan dan pengeluaran vaksin secara pakatan, bermula dengan pengeluaran komersial vaksin COVID-19 secara kerjasama. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.prestigebiopharma.com.

Maklumat mengenai Dr. Reddy’s:
Dr. Reddy’s Laboratories Ltd. (BSE: 500124, NSE: DRREDDY, NYSE: RDY, NSEIFSC: DRREDDY) ialah sebuah syarikat farmaseutikal bersepadu, yang komited bagi menyediakan ubat-ubatan yang berpatutan dan berinovatif untuk kehidupan yang lebih sihat. Melalui perniagaannya, Dr. Reddy's menawarkan satu portfolio produk dan perkhidmatan termasuk API, perkhidmatan farmaseutikal tersuai, generik, biosimilar dan formulasi berbeza. Bidang terapeutik utama kami ialah gastrousus, kardiovaskular, diabetologi, onkologi, pengurusan kesakitan dan dermatologi. Dr. Reddy's beroperasi di pasaran di seluruh dunia. Pasaran utama kami termasuk - Amerika Syarikat, India, Rusia & negara CIS, dan Eropah. Untuk maklumat lanjut, log masuk ke: www.drreddys.com.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20211208006176/en/

Hubungi

Prestige BioPharma Limited

Perhubungan Pelabur
Bumjoon Kim
Bumjoon.kim@pbpsg.com

Komunikasi Korporat
Yujin Suh
yujin.suh@pgpsg.com

Dr. Reddy’s Laboratories Ltd.

Perhubungan Pelabur
Amit Agarwal
amita@drreddys.com

Komunikasi Korporat
Usha Iyer
ushaiyer@drreddys.com


Sumber : Dr. Reddy’s Laboratories Ltd.

No comments:

Post a Comment