Tuesday, December 28, 2021

TDCX MENYEDIAKAN BANTUAN KEPADA PEKERJA YANG TERJEJAS OLEH TAUFAN ODETTE DI FILIPINA DAN BANJIR DI MALAYSIA

Untuk memadankan sumbangan pekerja bagi usaha bantuan kemasyarakatan di kawasan yang terjejas


SINGAPURA, 28 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Ekoran daripada taufan di Filipina dan banjir di Malaysia, TDCX Inc. (TDCX), sebuah penyedia penyelesaian pengalaman pelanggan digital, telah memulakan usaha bantuan untuk membantu pekerja dan komuniti yang terjejas.

TDCX telah memulakan sebuah tabung yang akan membantu pekerja mereka membina semula rumah dan kehidupan mereka. Syarikat itu juga menyediakan kepada kakitangan mereka dengan bekalan termasuk barangan runcit, unit penapisan air dan pengecas kuasa solar untuk membantu mengatasi cabaran segera mereka.

Encik Lim Chee Gay, Ketua Pegawai Sumber Manusia Kumpulan, TDCX, berkata, “Bencana alam itu telah menyebabkan banyak keluarga hilang tempat tinggal dan barang keperluan. Kesan daripada taufan dan banjir menjadi bertambah buruk memandangkan ia begitu hampir dengan musim perayaan. Rasa simpati kami ditujukan kepada semua pihak yang terjejas.

“Kami secara aktif menghubungi pekerja kami yang tinggal di kawasan terjejas. Kami sedar bahawa ramai daripada mereka telah kehilangan tempat tinggal dan keutamaan kami adalah untuk memberikan bantuan pantas dan segera ketika kami menangani impak daripada bencana itu ke atas mereka. Kami bersedia untuk memperdalamkan usaha bantuan kami untuk menyokong pekerja kami dalam detik yang sukar ini,” kata Encik Lim.

Pekerja yang tidak dapat bekerja dari rumah disebabkan oleh bekalan elektrik terputus sebaliknya boleh bekerja di pejabat. Jika perlu, pekerja boleh mengambil cuti untuk menguruskan hal ehwal peribadi mereka, seperti untuk memulihkan rumah mereka.

Mereka yang memerlukan dana tambahan untuk mengatasi masa sukar ini juga boleh bekerjasama dengan syarikat untuk mendapatkan sokongan kewangan. Mereka di Filipina boleh meminta wang pendahuluan daripada gaji mereka manakala pekerja di Malaysia boleh mendapatkan bantuan kewangan daripada TDCX.

Langkah pengumpulan dana untuk meningkatkan usaha bantuan komuniti

Untuk membantu komuniti secara lebih meluas, TDCX telah menganjurkan satu usaha untuk mengumpul dana di kalangan pekerja mereka. Sumbangan itu akan dipadankan dolar untuk setiap dolar oleh TDCX.

Encik Lim berkata, “Ketika kami membantu pekerja kami yang terjejas untuk pulih semula, kami juga mengambil kira kesan buruk daripada bencana ini terhadap masyarakat. Untuk meneruskan usaha kami, kami sedang mengerahkan 14,000 tenaga kerja kami di seluruh dunia untuk memberi dengan murah hati bagi membantu semua yang terjejas bangkit semula secepat mungkin”.

Maklumat mengenai TDCX Inc.

TDCX adalah sebuah penyedia penyelesaian pengalaman pelanggan digital dengan pertumbuhan tinggi bagi syarikat-syarikat teknologi berinovatif dan syarikat perdana yang lain. Syarikat itu menawarkan penyelesaian CX saluran pelbagai arah, perkhidmatan jualan dan pemasaran digital dan perkhidmatan pemantauan dan penyederhanaan kandungan. Syarikat itu mempunyai satu rekod perkhidmatan bagi kejayaan dengan pelanggan di dalam pelancongan dan perhotelan, pengiklanan digital dan media, barang pengguna yang bergerak pantas, teknologi, perkhidmatan kewangan, fintech, organisasi kerajaan dan bukan kerajaan, permainan, e-dagang dan pendidikan. TDCX mempunyai sebuah kehadiran antarabangsa dengan pejabat di Singapura, Filipina, Malaysia, Thailand, China, Jepun, Sepanyol, India, Colombia dan Romania, dan melayani pelanggan mereka di peringkat global dalam lebih 20 bahasa. TDCX telah memenangi lebih 310 anugerah. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.tdcx.com
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20211220005982/en/ 


Hubungi

Untuk pertanyaan:
Eunice Seow, +65 8432 8388, eunice.seow@tdcx.com 

Sumber : TDCX

No comments:

Post a Comment