Thursday, December 23, 2021

MAJLIS PELANCARAN KEMPEN BIJAK WAKAF BERSAMA PPZ-MAIWP




Table

Kerjasama PPZ-MAIWP bersama Pusat Wakaf MAIWP memperkasakan kutipan zakat dan wakaf di Wilayah Persekutuan.


KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) --  Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dengan kerjasama Pusat Wakaf MAIWP melancarkan Kempen Bijak Wakaf Bersama PPZ-MAIWP bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang ibadah wakaf di samping menunaikan zakat di PPZ-MAIWP hari ini.

Para pembayar zakat kini berpeluang untuk membuat ibadah wakaf secara tunai melalui kaunter-kaunter PPZ-MAIWP pada Disember 2021 ini.
 
Kerjasama strategik ini adalah bagi menyediakan perkhidmatan pembayaran Wakaf Tunai di 10 cawangan kaunter PPZ-MAIWP, Kaunter Zakat Bergerak dan Door to Door bagi membantu meningkatkan kutipan wakaf yang dibuat oleh Pusat Wakaf MAIWP.
 
Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, inisiatif ini juga merupakan langkah PPZ-MAIWP untuk menyemarakkan ibadah wakaf ini sebagai amalan tambahan bagi melengkapi atau menyempurnakan ibadah wajib.
 
“Saya ingin merakamkan terima kasih kepada Pusat Wakaf MAIWP (PWMSB) kerana sudi berganding bahu bersama PPZ-MAIWP untuk bersama-sama kita bergerak dengan lebih mampan bagi memberi manfaat kepada lebih ramai asnaf dan mereka yang memerlukan seterusnya menzahirkan transformasi ekonomi umat Islam melalui ibadah zakat dan wakaf.
 
Saya juga menyeru kepada semua khususnya para pembayar PPZ-MAIWP untuk mengambil dan merebut peluang ini bagi melaksanakan kedua ibadah zakat dan wakaf di PPZ-MAIWP agar lebih banyak manfaat diperoleh demi merapatkan jurang antara golongan kaya dan miskin serta membela asnaf secara keseluruhannya”katanya.
 
Pelancaran kempen di rasmikan oleh Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee. Turut hadir ialah Pengerusi Pusat Wakaf MAIWP, Datuk Dr. Mohd Ghazali Md Noor dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman. 


SUMBER : Pusat Pungutan Zakat – MAIWP

No comments:

Post a Comment