Wednesday, December 15, 2021

EDISI KETIGA CABARAN TOMMY HILFIGER FASHION FRONTIER MENYOROT ENAM USAHAWAN GLOBAL YANG MEMBAWA KEPESATAN PERUBAHAN DALAM INDUSTRI FESYEN

Tokoh perubahan Yara Shahidi dan Tommy Hilfiger bakal menjadi juri semasa pembentangan idea perniagaan oleh para usahawan, dengan hadiah bernilai €200,000 akan dikongsi oleh dua orang pemenang

AMSTERDAM, 14 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Tommy Hilfiger, yang dimiliki oleh PVH Corp. [NYSE: PVH], dengan sukacita mengumumkan enam finalis dalam Cabaran Tommy Hilfiger Fashion Frontier 2021 yang dipilih penuh hemat daripada 430 permohonan yang diterima daripada syarikat permulaan dan syarikat skala global. Dibina berdasarkan visi kelestarian Tommy Hilfiger untuk Tidak Membazir dan Mengalu-alukan Semua (Waste Nothing and Welcome All), edisi ketiga program ini terus berusaha untuk memartabatkan dan menyokong para usahawan yang terdiri daripada orang berkulit hitam, asli dan kulit berwarna (BIPOC) yang berjuang untuk memajukan komuniti mereka dan pada masa yang sama memupuk masa depan fesyen yang lebih inklusif.  Berdasarkan keperluan untuk memacu impak dalam industri yang semakin penting, tahun ketiga Cabaran Tommy Hilfiger Fashion Frontier kali ini dijalankan secara maya sepenuhnya bagi menangani sekatan dan cabaran semasa pandemik COVID-19.

Siaran akhbar ini mempunyai multimedia.  Lihat siaran penuh di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20211213005214/en/

Permohonan ditapis dengan teliti melalui satu proses melibatkan pelbagai langkah sepanjang tahun yang dilakukan oleh pakar-pakar dalaman dan luaran berdasarkan kepada satu set kriteria ketat termasuklah kesan sosial yang berpotensi dan pertumbuhan pasaran. Enam orang finalis ini akan membentangkan idea perniagaan mereka kepada barisan juri yang terdiri daripada tokoh-tokoh peneraju dalam perniagaan dan kelestarian pada acara akhir global Cabaran Tommy Hilfiger Fashion Frontier yang diadakan secara maya pada 12-13 Januari, 2022.

“Cabaran Tommy Hilfiger Fashion Frontier mengandungi misi kami sejak dahulu untuk memanfaatkan kuasa fesyen bagi memupuk nilai inklusif, representasi dan perubahan,” kata Tommy Hilfiger. “Industri kita hanya akan bergerak ke hadapan dengan adanya idea-idea baru dan segar yang mencabar cara kita berfikir, membina dan mencipta.  Sebagai satu jenama, adalah sangat mustahak untuk kami menggunakan platform kami untuk memberikan suara dan peluang kepada para usahawan, seperti kepada para finalis ini untuk mencipta impak yang bersifat sebenar dan berpanjangan.”

Enam finalis tersebut adalah:
  • Clothes to Good: Perusahaan sosial dari Afrika Selatan yang mencipta peluang dan pekerjaan bersifat mikro untuk orang kurang upaya dan keluarga mereka, terutamanya para ibu melalui kitar semula tekstil. 
  • Haelixa: Teknologi pengesanan produk untuk mempercepat transisi global kepada rantaian bekalan barangan pengguna yang telus, berpangkalan di Switzerland.
  • MAFI MAFI: Jenama fesyen yang berpangkalan di Ethiopia yang merekacipta koleksi sedia untuk dipakai dengan memelihara tradisi lama dan memperkasa tukang-tukang mahir yang terpinggir.
  • Lalaland: Platform yang berpangkalan di Belanda yang menggunakan kecerdasan buatan untuk menjana model-model mengikut pesanan dan bersifat inklusif daripada pelbagai etnik, usia dan saiz dengan lebih daripada 35 variasi gaya.
  • SOKO: Perniagaan barang kemas berpangkalan di Kenya menggunakan teknologi mudah alih untuk menghubungkan tukang-tukang mahir Kenya yang terpinggir secara langsung dengan pasaran global melalui platform mudah alih.
  • UZURI K&Y: Jenama kasut mesra alam yang berpangkalan di Rwanda ini menggunakan tayar kereta dari Kawasan benua sahara di Afrika dan mengupah anak muda tempatan serta melatih mereka dengan kemahiran dan kebebasan ekonomi.
Para juri yang terlibat dalam acara akhir adalah:
  • Mr. Tommy Hilfiger
  • Martijn Hagman, CEO, Tommy Hilfiger Global dan PVH Europe
  • Yara Shahidi, pelakon yang memenangi anugerah, penerbit dan tokoh perubahan.
  • Esther Verburg, EVP, Perniagaan Mapan dan Inovasi, Tommy Hilfiger Global and PVH Europe
  • Adrian Johnson, Usahawan, Profesor Adjung Keusahawanan, Teknologi dan Media di INSEAD
  • Katrin Ley, Pengarah Urusan Fashion for Good dan Kurator Pengasas Amsterdam Global Shapers Hub
  • Yvonne Bajela, anggota pengasas dan prinsipal di firma pelaburan Impact X Capital
 
Berbekalkan sokongan Tommy Hilfiger dan pakar perihal subjek di INSEAD, enam finalis ini telah membangunkan dan memperhalusi pelan perniagaan mereka yang akan dibentangkan pada acara akhir nanti.  Arooj Aftab, seorang pencipta kandungan, pengilustrasi, penulis dan pengasas #DonewithDiversity akan menjadi pengacara majlis yang mana para juri akan menganugerahkan €200,000 dikongsi oleh dua orang pemenang yang dipilih bagi menyokong perniagaan mereka.  Para pemenang ini juga bakal menjalani latihan mentor bersama Tommy Hilfiger dan pakar-pakar INSEAD serta mendapat tempat dalam Program Keusahawanan Sosial INSEAD (ISEP).  Hadiah tambahan sebanyak €15,000 akan diberikan kepada finalis yang dipilih oleh para juri sebagai undian ‘Pilihan Penonton’.

“Sebagai pemain utama dalam industri fesyen, menjadi tanggungjawab kami untuk menyokong, memperkasa dan menggalakkan nilai inklusif.  Cabaran Tommy Hilfiger Fashion Frontier adalah bukti kepada komitmen kami untuk memberikan sumbangan bermakna dan berkekalan untuk industri fesyen yang lebih baik,” kata Martijn Hagman, Ketua Pegawai Eksekutif Tommy Hilfiger Global and PVH Europe.  “Sudah menjadi sifat kami untuk memacu perubahan walaupun dalam keadaan masa yang mencabar.  Kami bangga untuk terus memartabatkan idea para usahawan yang sedang mencipta lanskap fesyen yang kami mahukan dan yang kami perlu lihat untuk berlaku.”

Misi Tommy Hilfiger adalah untuk menjadi syarikat pereka gaya hidup mapan utama yang Tidak Membazir dan Mengalu-alukan Semua, melalui bagaimana ia merekacipta produk-produk, mengurus operasinya dan berhubung dengan para komuniti dan pemegang taruhnya.  Untuk maklumat lanjut mengenai perjalanan kelestarian Tommy Hilfiger, yang dikuasakan oleh Strategi Forward Fashion PVH sila ke  https://global.tommy.com/en_int/about-us-corporate-responsibility.

Maklumat lanjut mengenai Cabaran Tommy Hilfiger Fashion Frontier boleh diakses di https://responsibility.pvh.com/tommy/fashion-frontier-challenge/.  Para sahabat dan pengikut jenama ini diundang untuk menyertai perbualan di media sosial menggunakan #TommyHilfiger dan @TommyHilfiger

Mengenai Tommy Hilfiger

Dengan portfolio jenama termasuklah TOMMY HILFIGER dan TOMMY JEANS, Tommy Hilfiger merupakan pereka premium kumpulan gaya hidup yang paling terkenal di dunia.  Fokusnya adalah merekacipta dan memasarkan pakaian tempahan dan pakaian sukan lelaki berkualiti tinggi, pakaian koleksi dan pakaian sukan wanita, pakaian kanak-kanak, koleksi denim, pakaian dalam (termasuk jubah, pakaian tidur dan pakaian di kediaman), kasut dan aksesori.  Melalui pemegang lesen terpilih, Tommy Hilfiger menawarkan produk gaya hidup pelengkap seperti kacamata, jam tangan, wangian, pakaian mandi, stokin, barangan kulit kecil, barangan rumah dan beg pakaian. Barisan produk TOMMY JEAN mengandungi pakaian jeans dan kasut untuk lelaki dan wanita, aksesori dan wangian.  Barangan di bawah jenama TOMMY HILFIGER dan TOMMY JEANS boleh diperolehi oleh pengguna seluruh dunia melalui sebuah rangkaian lengkap kedai peruncitan TOMMY HILFIGER dan TOMMY JEANS, pusat beli-belah khusus dan utama, penjual dalam talian terpilih dan di tommy.com.

Mengenai PVH Corp.

PVH merupakan salah satu syarikat fesyen terbesar dan dikagumi di dunia di 40 buah negara.  Jenama ikonik global kami termasuklah Calvin Klein dan TOMMY HILFIGER. Sejarah lebih 140 tahun kami terbina berdasarkan kekuatan jenama kami, pasukan kami dan komitmen kami untuk memacu fesyen ke hadapan untuk selama-lamanya.  Itulah Kuasa Kami.  Itulah Kuasa PVH.

Ikuti kami di FacebookInstagramTwitter dan LinkedIn

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15371

No comments:

Post a Comment