Friday, December 3, 2021

SQUARE, INC. MENUKAR NAMA KEPADA BLOCK

Perubahan itu membezakan jenama Square, yang telah dibina untuk perniagaan Penjual, daripada entiti korporat

SAN FRANCISCO, 2 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Square, Inc. (NYSE: SQ) hari ini mengumumkan bahawa ia menukar namanya kepada Block. Block akan menjadi nama bagi syarikat itu sebagai sebuah entiti korporat. Nama Square telah menjadi sinonim dengan perniagaan Penjual syarikat itu, yang menyediakan sebuah ekosistem bersepadu bagi penyelesaian perdagangan, perisian perniagaan dan perkhidmatan perbankan untuk penjual, dan langkah ini membolehkan perniagaan Penjual untuk memiliki jenama Square yang dibina untuknya.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20211201006139/en/

Perubahan kepada Block itu mengiktiraf pertumbuhan syarikat itu. Sejak permulaannya pada tahun 2009, syarikat itu telah menambahkan Cash App, TIDAL dan TBD54566975 sebagai perniagaan, dan pertukaran nama itu mewujudkan ruang untuk pertumbuhan selanjutnya. Block adalah sebuah ekosistem menyeluruh bagi banyak perniagaan yang disatukan oleh tujuan mereka bagi pemerkasaan ekonomi, dan memberi perkhidmatan kepada ramai orang—individu, artis, peminat, pembangun dan penjual.

“Kami membina jenama Square untuk perniagaan Penjual kami, di mana ia sepatutnya berada,” kata Jack Dorsey, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Block. “Block adalah satu nama baharu, tetapi tujuan bagi pemerkasaan ekonomi kami tetap sama. Tidak kira bagaimana kami berkembang atau berubah, kami akan terus membina peranti untuk membantu meningkatkan akses kepada ekonomi.”

Pertukaran nama itu kepada Block membezakan entiti korporat daripada perniagaan mereka, atau blok bangunan. Tidak akan ada perubahan organisasi dan Square, Cash App, TIDAL dan TBD54566975 akan terus mengekalkan jenama masing-masing. Satu tenaga kerja asas, yang termasuk pasukan seperti Counsel, People, dan Finance, akan terus membantu membimbing ekosistem itu di peringkat korporat. Hasil daripada pertukaran nama itu, Square Crypto, sebuah inisiatif berasingan bagi syarikat itu yang didedikasikan untuk memajukan Bitcoin, akan menukarkan namanya kepada Spiral.

Nama itu mempunyai banyak makna yang berkaitan bagi syarikat itu — blok bangunan, blok kejiranan dan perniagaan tempatan mereka, komuniti berkumpul di parti-parti blok yang penuh dengan muzik, sebuah blok rantai, sebuah bahagian kod dan halangan untuk diatasi.

Square, Inc. dirujuk sebagai “Block” di dalam siaran akhbar ini. Nama yang sah “Square, Inc.” dijangka akan ditukar secara sah kepada “Block, Inc.” pada atau kira-kira 10 Disember, 2021, setelah memenuhi semua keperluan undang-undang yang berkenaan. Simbol tiker NYSE syarikat itu “SQ” tidak akan diubah pada masa ini. Sebarang perubahan di masa hadapan akan didedahkan secara terbuka. Tiada tindakan diperlukan daripada pemegang saham semasa. Saham biasa Kelas A Syarikat itu akan terus disenaraikan di NYSE dan CUSIP tidak akan berubah.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.block.xyz  atau ikuti berita syarikat melalui Twitter @blocks dan @blockIR. Untuk aset media, sila ke www.block.xyz/mediakit. Kami berhasrat untuk menggunakan laman web perhubungan pelabur Block serta akaun Twitter @blocks dan @blockIR sebagai cara untuk mendedahkan bahan maklumat bukan awam dan untuk mematuhi kewajipan pendedahan kami di bawah Peraturan FD.

Maklumat mengenai Block

Block (NYSE: SQ) adalah sebuah syarikat teknologi global dengan tumpuan kepada perkhidmatan kewangan. Terdiri daripada Square, Cash App, Spiral, TIDAL dan TBD54566975, kami membina peranti untuk membantu lebih ramai orang mengakses ekonomi itu. Square membantu penjual menjalankan dan mengembangkan perniagaan mereka dengan ekosistem bersepadu mereka bagi penyelesaian perdagangan, perisian perniagaan dan perkhidmatan perbankan. Dengan Cash App, sesiapa sahaja boleh menghantar, membelanja atau melabur wang mereka dengan mudah dalam saham atau Bitcoin. Spiral (dahulunya Square Crypto) membina dan membiayai projek Bitcoin sumber terbuka secara percuma. Artis menggunakan TIDAL untuk membantu mereka berjaya sebagai usahawan dan berhubung lebih mendalam dengan peminat. TBD54566975 sedang membina sebuah platform pembangun terbuka untuk memudahkan mereka mengakses Bitcoin dan teknologi blok rantai yang lain tanpa perlu melalui sebuah institusi. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15325

No comments:

Post a Comment