Thursday, December 2, 2021

BITMEX MEMPERKENALKAN PRODUK KRIPTO 'EARN' PALING BERBALOI SETAKAT INI




BitMEX EARN menawarkan sehingga 100% APR pada Tether bagi pengguna awal

MAHE, Seychelles, 1 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Platform perdagangan mata wang kripto global BitMEX telah mengumumkan pelancaran BitMEX EARN. Produk ini yang memberi ganjaran faedah menawarkan kadar peratusan tahunan (APR) paling tinggi bagi semua produk Earn awam.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20211130005722/en/

Produk itu memberi ganjaran kepada pengguna yang melanggan dana mereka untuk satu tempoh yang ditetapkan dengan satu pembayaran faedah, di antara 14 - 100% APR. Tambahan pula, BitMEX EARN adalah satu-satunya produk jenis itu di dalam pasaran yang disokong 100% oleh dana insurans. Semua pembayaran adalah dijamin oleh dana insurans BitMEX - satu daripada dana terbesar di dalam industri itu.

Mata wang kripto pertama yang tersedia di BitMEX EARN ialah Tether (USDT ERC-20). Pelanggan BitMEX yang melanggan kepada produk itu sebelum 7 Disember 2021 boleh melanggan kepada satu tawaran awal untuk memperoleh sehingga 100% APR pada Tether bagi deposit sehingga USDT 1,000 untuk setiap pengguna dan sehingga 14% APR untuk deposit sehingga USDT 100,000 bagi setiap pengguna. Butiran lanjut tentang BitMEX EARN boleh diperolehi di sini.

Alexander Höptner, Ketua Pegawai Eksekutif di BitMEX, berkata: “BitMEX EARN membolehkan sesiapa sahaja untuk menjana pulangan dua digit dengan mudah - jauh lebih tinggi daripada kadar yang anda akan dapat dengan produk TradFi. APR produk EARN kami jauh melebihi apa yang ditawarkan pada platform kripto yang lain, di mana kadar tajuknya pada produk serupa biasanya terikat dengan keperluan pertaruhan yang tidak dapat dicapai. Kami juga telah memperkemas proses langganan kami, menjadikan ini satu produk yang menarik kepada semua jenis peniaga - bukan hanya kepada golongan profesional.”

BitMEX EARN adalah sebahagian daripada transformasi perniagaan mereka yang bercita-cita tinggi, yang dikenali sebagai strategi ’Melangkaui Derivatif’. BitMEX menambah lima segmen perniagaan global baharu (Spot, Pembrokeran, Penjagaan, Produk Maklumat dan Akademi) selepas melancarkan sebuah program pengesahan dan pematuhan pengguna yang ketat pada 2020. Pada Januari 2021, BitMEX mengumumkan penyiapan bagi program pengesahan pengguna mereka, yang membuat BitMEX sebagai satu daripada bursa derivatif kripto terbesar yang mempunyai pangkalan pengguna aktif yang disahkan sepenuhnya. BitMEX EARN mengikuti pengenalan syarikat itu bagi USDT untuk margin dan penyelesaian pada pertukaran berterusan pada November 2021.

BitMEX EARN dilancarkan pada 1 Disember 2021, dengan langganan dibuka untuk dua produk pertama sehingga 7 Disember 2021 (atau sehingga dilanggan sepenuhnya). Untuk melanggan atau mengetahui lebih lanjut, sila layari laman web BitMEX EARN.

Maklumat mengenai BitMEX

BitMEX adalah sebuah platform perdagangan yang menawarkan pelabur dengan akses kepada pasaran kewangan mata wang digital global. BitMEX dimiliki oleh HDR Global Trading Limited. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang BitMEX, visi kami, pasukan yang semakin berkembang dan jalan ke hadapan, sila ikuti kami di TwitterTelegram, dan di Blog BitMEX. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi press@bitmex.com

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15314


No comments:

Post a Comment