Saturday, January 18, 2020

LHDNM BELAJAR DARIPADA ORANG KANAN TENCENT

GEORGETOWN, 15 Jan (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia telah menjemput Encik Lau Seng Yee atau SY LAU yang merupakan Naib Presiden Eksekutif Kanan Tencent merangkap Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Berhad ke Persidangan Pengarah-Pengarah LHDNM Bilangan 1/2020 untuk sesi perkongsian ilmu pada 14 Januari 2020 di Hotel The Wembley, Pulau Pinang.

SY Lau yang merupakan rakyat Malaysia yang pertama menerima anugerah ‘Global Media Person of The Year’ oleh Cannes Lions pada tahun 2015 telah dijemput berkongsi pengalaman serta kejayaan dalam penggunaan teknologi untuk kebaikan dan kelestarian manusia sejagat. Tencent adalah sebuah syarikat teknologi gergasi yang bertempat di China yang telah memperkenalkan aplikasi media sosial iaitu WeChat. Beliau juga aktif menyampaikan ceramah dalam forum-forum antarabangsa seperti PBB, UNESCO, Forum IMF dan pelbagai lagi.

Program tersebut telah dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM, Dato’ Sri Dr Sabin Bin Samitah, barisan pengurusan atasan LHDNM dan 240 orang pengarah dari seluruh Malaysia. Pengarah Jabatan Khidmat Korporat, Encik Hishamudin Mohamed telah bertindak sebagai moderator dalam program tersebut.

Antara perkongsian utama dalam sesi tersebut adalah pengurusan bakat, penekanan kepada digitalisasi dalam proses kerja dan kepentingan integriti dalam menjalankan tugasan yang diberikan. Perkongsian topik ini adalah selaras dengan hasrat LHDNM dalam memastikan mutu perkhidmatan percukaian yang diberikan kepada rakyat adalah yang terbaik.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my atau hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar negara).

Dikeluarkan Oleh:

Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

  
Tarikh: 15 Januari 2020

SUMBER: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

No comments:

Post a Comment