Wednesday, January 22, 2020

KAJIAN AJC MENGENAI GVC DIBENTANGKAN DI SIMPOSIUM PERINGKAT TINGGI MENGENAI PERDAGANGAN DAN PELABURAN DALAM ASEAN YANG DIADAKAN DI HANOI

TOKYO, 22 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Setiausaha Agung bagi Pusat ASEAN-Jepun (AJC), Encik Masataka Fujita telah dijemput ke Simposium Peringkat Tinggi mengenai Perdagangan dan Pelaburan Dalam ASEAN: “Meningkatkan Perdagangan dan Pelaburan Dalam ASEAN untuk Komuniti ASEAN yang Padu dan Responsif” yang telah diadakan di Hanoi, Viet Nam, pada 10 Januari 2020, untuk berkongsi pandangan beliau mengenai keadaan semasa berhubung perdagangan dan pelaburan dalam ASEAN dengan satu tumpuan terhadap penyertaan ASEAN yang meningkat di dalam Rantaian Nilai Global (GVC).
 
Simposium itu merupakan satu daripada acara rasmi yang pertama bagi ASEAN 2020 sejak Viet Nam memegang jawatan Pengerusi bagi ASEAN; dan dianjurkan oleh Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Viet Nam dengan penyelarasan bersama Kementerian Perindustrian dan Perdagangan, dan Kementerian Perancangan dan Pelaburan. Ia telah dihadiri oleh kira-kira 120 orang tetamu dan peserta yang termasuk bekas dan penjawat kini pegawai-pegawai peringkat kementerian dari beberapa negara ASEAN, pegawai-pegawai yang menghadiri Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan Ekonomi (SEOM) dari kesemua 10 buah negara anggota ASEAN, serta perwakilan dan pakar-pakar dari Sekretariat ASEAN dan organisasi serantau dan antarabangsa yang lain. Dengan berlatarbelakangkan bahawa keadaan perdagangan dan pelaburan dalam ASEAN adalah sederhana secara relatif berbanding dengan perkumpulan ekonomi yang lain, dan dengan keyakinan bahawa meningkatkan perdagangan dan pelaburan dalam ASEAN akan menyumbang kepada merealisasikan keutamaan ASEAN dan sebuah Komuniti ASEAN yang padu dan responsif, simposium itu telah membincangkan tiga jenis isu, iaitu, mengetepikan halangan institusi dan dasar, bergerak maju bersama GVC dan meningkatkan logistik dengan lancar. Ia bertujuan untuk mengemukakan cadangan-cadangan dasar untuk dilaporkan kepada SEOM dan Mesyuarat Menteri Ekonomi ASEAN pada 2020 bagi pertimbangan selanjutnya.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13004

No comments:

Post a Comment