Wednesday, March 15, 2023

MILLIKEN & COMPANY MEMPEROLEH TEMPAT SEBAGAI SATU DARIPADA SYARIKAT PALING BERETIKA DI DUNIA 2023




SPARTANBURG, S.C., 14 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Untuk tahun ketujuh belas secara berturut-turut, pengilang global terpelbagai Milliken & Company telah diiktiraf oleh Ethisphere, peneraju dalam menentukan dan memajukan standard amalan perniagaan beretika, sebagai satu daripada Syarikat Paling Beretika Di Dunia 2023. Milliken ialah satu daripada 135 penerima anugerah yang merangkumi 19 negara dan 46 industri, serta satu daripada hanya enam penerima anugerah yang muncul dalam senarai Syarikat Paling Beretika Di Dunia setiap tahun sejak anugerah itu diasaskan pada tahun 2007.

“Di Milliken, kami berpandukan komitmen untuk melakukan perkara yang betul,” ujar Halsey Cook, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Milliken & Company. “Kami amat berbesar hati untuk diiktiraf sekali lagi dan kami berbangga dengan perasaan integriti yang kuat, serta mendorong pasukan global kami.”

Dengan melakukan perkara yang betul, menggalakkan Milliken mengambil langkah berani merentasi pelbagai portfolio yang dimiliki. Berpandukan lima nilai teras syarikat—integriti, kecemerlangan, inovasi, kelestarian dan warga kerja—Milliken berusaha untuk menjadi peneraju dalam pengilangan yang bertanggungjawab dan mampan. Matlamat Kelestarian 2025 menentukan usaha syarikat dengan produk, warga kerja dan planet ini. Di samping itu, Milliken baru-baru ini mengumumkan laluan syarikat itu ke arah masa depan pelepasan sifar bersih menjelang tahun 2050 dengan Inisiatif Sasaran Berasaskan Sains (SBTi) meluluskan sasaran pelepasan sifar bersih jangka pendek dan jangka panjang.

“Milliken telah menjadi sebahagian daripada penerima anugerah Syarikat Paling Beretika Di Dunia kami sepanjang 17 tahun kebelakangan ini—satu-satunya pengilang perindustrian yang mencapai kejayaan sebagai penerima anugerah untuk kali yang ke-17,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Ethisphere, Erica Salmon Byrne. “Kami memuji seluruh pasukan atas dedikasi mereka untuk memberikan impak sebenar kepada pemegang kepentingan mereka dan komitmen terhadap kepimpinan berasaskan nilai yang boleh dicontohi.”

Indeks Etika 2023 Ethisphere, koleksi syarikat dagangan awam yang diiktiraf sebagai penerima tempat sebagai Syarikat Paling Beretika Di Dunia bagi tahun ini, mengatasi indeks setanding syarikat bermodal besar sebanyak 13.6 mata peratusan dalam tempoh lima tahun.

Metodologi & Pemarkahan

Beroperasi dengan Ethics Quotient® proprietari Ethisphere, proses penilaian Syarikat Paling Beretika Di Dunia merangkumi lebih daripada 200 soalan mengenai budaya, amalan alam sekitar dan sosial, aktiviti etika dan pematuhan, tadbir urus, kepelbagaian dan inisiatif yang menyokong rantaian nilai yang kukuh. Proses ini berfungsi sebagai rangka kerja operasi untuk merakam dan mengkanunkan amalan utama organisasi merentasi industri dan di seluruh dunia.

Penerima Anugerah

Untuk melihat senarai penuh penerima anugerah tahun ini, sila kunjungi laman web Syarikat Paling Beretika Di Dunia.

Maklumat Tentang Milliken

Milliken & Company ialah peneraju pengilangan global yang memberikan tumpuan kepada sains bahan, membawa kejayaan esok pada hari ini. Daripada molekul terkemuka industri kepada inovasi mampan, Milliken mencipta produk yang meningkatkan kehidupan orang ramai dan memberikan penyelesaian untuk pelanggan dan komuniti. Melalui ribuan paten dan portfolio yang digunakan dengan penggunaan merentasi perniagaan tekstil, bahan kimia khusus, bahan lantai dan penjagaan kesihatan, syarikat itu memanfaatkan perasaan integriti dan kecemerlangan bersama untuk memberikan impak positif kepada dunia bagi turun-temurun. Ketahui lebih lanjut tentang minda ingin tahu dan penyelesaian yang diinspirasikan Milliken di milliken.com dan dalam FacebookInstagram dan LinkedIn.

Maklumat Tentang Ethisphere

Ethisphere ialah peneraju global dalam menentukan dan memajukan standard amalan perniagaan beretika yang menyemarakkan watak korporat, kepercayaan pasaran dan kejayaan perniagaan. Ethisphere mempunyai kepakaran tinggi dalam mengukur dan menentukan standard etika teras dengan menggunakan cerapan dipacu data yang membantu syarikat meningkatkan watak korporat. Ethisphere memberi penghormatan kepada pencapaian unggul melalui program pengiktirafan World’s Most Ethical Companies®, menyediakan komuniti pakar industri dengan Gabungan Kepimpinan Etika Perniagaan (BELA) dan mempamerkan trend dan amalan terbaik dalam etika dengan Majalah Ethisphere. Ethisphere juga membantu memajukan prestasi perniagaan melalui penilaian, panduan dan penanda aras dipacu data terhadap data yang tiada bandingannya: set data Culture Quotient menumpukan perhatian kepada budaya beretika dan menampilkan respons 2+ juta pekerja di seluruh dunia; dan set data Ethics Quotient, menampilkan 200+ titik data yang menegaskan amalan etika, pematuhan, sosial dan tadbir urus Syarikat Paling Beretika Di Dunia. Untuk maklumat lebih lanjut, sila kunjungi https://ethisphere.com.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53359967/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16912

No comments:

Post a Comment