Thursday, March 2, 2023

PROGRAM MYTAX RIDE LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (HASIL) SABAH

TAWAU, 27 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) Sabah lokaliti Tawau telah mengadakan satu program kayuhan MyTax Ride yang telah disertai oleh seramai 150 orang peminat sukan berbasikal di Daerah Tawau termasuk dari Daerah Lahad Datu dan Kunak, Sabah.

Program ini membabitkan jarak 32 kilometer yang bermula dan berakhir di perkarangan Menara HASiL Tawau dan kesemua peserta pelbagai peringkat usia telah berjaya menamatkan kayuhan tersebut. Peserta telah dilepaskan pada jam 7.00 pagi oleh Pengarah Operasi Negeri HASiL Sabah, Seksyen Khidmat Pelanggan, Encik Mohamad Razli Mohamad Ali yang turut bersama-sama menyertai kayuhan berkenaan.
 
Penganjuran program ini selain daripada menggalakkan gaya hidup sihat dengan bersukan dan mengeratkan silaturahim dalam kalangan masyarakat, HASiL MyTax Ride turut diadakan bertujuan untuk mempromosikan aplikasi MyTax yang sangat mudah dan selamat untuk semua urusan percukaian, di samping memberikan pendidikan dan kesedaran cukai kepada pembayar cukai seiring dengan hasrat pengurusan tertinggi HASiL yang memberikan penekanan kepada pendekatan AES (Awareness, Education and Services).
 
Antara pengisian program MyTax Ride yang dianjurkan oleh Pejabat HASiL lokaliti Tawau adalah:
 
i.   Hari Bertemu Pelanggan;
ii.  Kaunter Perkhidmatan Percukaian;
iii. Booth Pameran;
iv. Cabutan Bertuah; dan
v.  Aktiviti Tanggungjawab Sosial (CSR) – pengumpulan sumbangan buku ilmiah untuk sekolah rendah dan menengah. 

No comments:

Post a Comment