Wednesday, March 1, 2023

PROGRAM HASIL KASIH PRIHATIN SEMPENA SAMBUTAN HARI HASIL KE-27

CYBERJAYA, 28 Feb (Bernama) -- Berteraskan enam rukun MADANI iaitu keMampanan, kesejAhteraan, Daya cipta, hormAt, keyakiNan dan Ihsan, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) terus komited dalam melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) melalui Program HASiL Kasih Prihatin dengan menyampaikan sumbangan peralatan asas untuk kegunaan warga kerja, para pesakit serta tetamu yang berkunjung ke Hospital Cyberjaya yang telah mula beroperasi pada 11 November 2022.
 
Perasmian program dan penyerahan sumbangan telah disempurnakan YBhg. Datuk Dr. Mohd Nizom Sairi, Ketua Pegawai Eksekutif HASiL dan turut dihadiri oleh barisan pengurusan tertinggi HASiL iaitu YBhg. Datuk Abu Tariq Jamaluddin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan) dan YBrs. Puan Wan Ramiza Wan Ghazali, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan). Hadir bersama-sama program ini YBrs. Dr. Shahabuddin Ibrahim, Pengarah Hospital Cyberjaya, iaitu hospital pertama di Malaysia yang bertaraf platinum di bawah pensijilan Indeks Bangunan Hijau.

Dalam Program HASiL Kasih Prihatin anjuran Ibu Pejabat HASiL ini, Hospital Cyberjaya telah menerima sumbangan berikut:

·  4 unit mesin air;
·  50 unit jam dinding; dan
·  50 unit kerusi.

YBhg. Datuk Dr. Mohd Nizom Sairi dalam ucapannya berkata program CSR di HASiL bukanlah sesuatu yang baharu. Selain memikul amanah dan tanggungjawab selaku pentadbir cukai langsung negara, HASiL juga amat prihatin dan bergerak secara aktif dengan pelbagai program kemasyarakatan, kelestarian alam sekitar, pendidikan serta lain-lain lagi yang bertujuan untuk kesejahteraan, keamananan dan kemakmuran negara.
 
Pemilihan Hospital Cyberjaya ini adalah berdasarkan faktor lokasinya yang strategik dalam zon yang sama dengan Ibu Pejabat HASiL dan baru sahaja dibuka kepada  orang ramai. HASiL berharap agar usaha murni Team HASiL dalam menyantuni masyarakat setempat ini, dapat menzahirkan rasa kasih sayang, menyemarakkan rasa kebersamaan dan membangkitkan semangat kesepaduan. 

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami melalui:

a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);

b) HASiL Live Chat; dan

c) Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/public.  

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16849

No comments:

Post a Comment