Thursday, March 16, 2023

MAKLUMAN PERPINDAHAN PEJABAT SATELIT NEGERI SEMBILAN (KUALA PILAH) LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (HASIL)

KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) ingin memaklumkan bahawa Pejabat Satelit Negeri Sembilan (Kuala Pilah) yang kini beroperasi di Tingkat 2, Bangunan Tabung Haji, Lot 234, Jalan Dato Undang Johol, Kuala Pilah, Negeri Sembilan akan beroperasi di pejabat baharu mulai pada 20 Mac 2023.
 
Urusan perpindahan pejabat lama ke pejabat baharu akan bermula pada 15 Mac 2023 dan dijangka selesai pada 18 Mac 2023.  Alamat baharu pejabat satelit berkenaan adalah seperti yang berikut: 

ALAMAT PEJABAT BAHARU 
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Pejabat Satelit Negeri Sembilan (Kuala Pilah)
Kompleks Mini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
4339 Taman Desa Melang
72000 Kuala Pilah
Negeri Sembilan
No. Telefon: 06-4810324
No. Faks:  06-4415266

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami melalui:
a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/public   

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16915

No comments:

Post a Comment