Wednesday, March 22, 2023

DATAXET MEMPAMERKAN PLATFORM DXT360™ DAN RANGKA KERJA EVO™ SEBAGAI PERANTI UNTUK MEMPERKASAKAN KOMUNIKASI JENAMA DI DALAM EKONOMI PERHATIAN

Bangkok, Thailand, 21 Mac/Dataxet-AsiaNet/--
 
Dataxet Limited, sebuah syarikat risikan media terkemuka, telah mempamerkan platform DXT360 dan rangka kerja EVO mereka sebagai peranti untuk memperkasakan komunikasi jenama di dalam ekonomi perhatian pada satu seminar yang diadakan pada 15 Mac, 2023 di Bangkok.

Seminar itu yang bertajuk "Risikan Media Generasi Seterusnya: Era Baharu bagi Membina Jenama yang disalurkan dengan Data" menampilkan pakar-pakar dan penceramah terbilang yang membincangkan mengenai perubahan landskap media dan kesannya terhadap jenama dan organisasi. Prof. Madya Dr. Smith Boonchutima, Pensyarah di Jabatan Perhubungan Awam, Fakulti Seni Komunikasi, Universiti Chulalongkorn; Encik Robert Kabus, Ketua Pegawai Strategi dan Rakan Pengurusan di Dataxet Pte Ltd; Cik Sawita Bekanan, Pengurus Penganalisis Maklumat di Dataxet Limited; dan Cik Nualnissa Ubolpong, Pengurus Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam di Thai Bridgestone Co., Ltd., berkongsi wawasan dan pandangan mereka dengan lebih 100 hadirin daripada syarikat terkemuka dan agensi kerajaan.

Dr. Boonchutima berkata risikan media adalah penting kepada satu strategi komunikasi yang berjaya, terutamanya dalam era "Ekonomi Perhatian" di mana jenama menghadapi persaingan yang sengit untuk penglibatan pengguna. Encik Kabus dan Cik Bekanan seterusnya berkongsi cara bagaimana jenama boleh memanfaatkan peranti baharu dan rangka kerja strategik untuk menghadapi cabaran di tempat pasaran baharu ini.

Data yang disalurkan, diterajui oleh Maklumat: mengubah data besar menjadi maklumat yang berharga

Encik Kabus dan Cik Bekanan menekankan kuasa bagi platform DXT360, satu set komprehensif bagi alat pemantauan dan analisis yang membantu pelanggan untuk lebih memahami audiens dan pesaing mereka. Data dari seluruh media sosial, dalam talian dan arus perdana dihantar di dalam satu platform bersepadu dan mesra pengguna. Jadi, pelanggan daripada semua industri, termasuk kewangan, penjagaan kesihatan, automotif dan barangan pengguna, antara lain, boleh menyesuaikan papan pemuka mengikut keperluan dan matlamat unik mereka.

Semasa seminar itu, Dataxet juga memperkenalkan rangka kerja EVO™ (Pengalaman-NIlai-Tawaran), sebuah alat proprietari yang membuka kunci bagi maklumat baharu dengan menyaring data ke dalam tiga pemacu universal bagi persepsi dan niat penonton. Ini memperkasakan jenama untuk melibatkan audiens secara strategik sambil bergerak pada kelajuan dan skala Ekonomi Perhatian.

"Menangani cabaran ekonomi perhatian memerlukan peralatan dan pendekatan baharu," kata Encik Kabus, "Produk generasi seterusnya kami direka untuk memperkasakan pembuatan keputusan yang lebih bijak, lebih pantas dan lebih strategik untuk membantu pelanggan melibatkan audiens yang sukar difahami ini dengan lebih berkesan."

Maklumat mengenai Dataxet Limited
 
Dataxet Limited (dataxet:infoquest), dahulunya dikenali sebagai InfoQuest Limited, ialah sebuah risikan media dan agensi berita terkemuka di Thailand. Ia adalah sebahagian daripada Dataxet Pte Ltd (Dataxet), kumpulan risikan media yang paling pesat berkembang di Asia Tenggara dengan ibu pejabatnya di Singapura dan anak syarikat berada di Malaysia, Indonesia dan Thailand.

dataxet:infoquest menawarkan platform risikan media yang mantap dengan liputan menyeluruh mengenai berita media arus perdana, sosial, dalam aliran, kandungan, trend dan isu-isu. Rangka kerja EVO itu mengubah data platform menjadi maklumat audiens yang bernilai tinggi dan strategi komunikasi yang boleh diambil tindakan. Sinergi di antara keupayaan global Dataxet dan kepakaran tempatan dataxet:infoquest menyediakan kepada pelanggan dengan perkhidmatan dan sokongan yang luar biasa yang membantu mereka mencapai matlamat perniagaan mereka.
Laman web Thailand: www.dataxet.co
 
Laman web Kumpulan: www.dataxet.com
 
SUMBER: Dataxet Limited 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16932

No comments:

Post a Comment