Wednesday, March 15, 2023

​EPICOR MENGIKTIRAF KECEMERLANGAN RAKAN NIAGA ANTARABANGSA DI PERSIDANGAN MOMENTUM 2023

KUALA LUMPUR, Malaysia, 14 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Epicor, peneraju global bagi perisian perusahaan khusus industri untuk menggalakkan pertumbuhan perniagaan, pada hari ini mengumumkan pemenang Anugerah Kecemerlangan Rakan Niaga di Persidangan Rakan Niaga Antarabangsa Momentum 2023 tahun ini.

Acara tersebut mengiktiraf Rakan Niaga Saluran industri yang telah melebihi jangkauan dalam komitmen masing-masing terhadap pertumbuhan perniagaan Epicor, melalui inovasi dan teknologi awan dengan pelanggan mereka.

“Perniagaan penting yang membuat, memindahkan dan menjual semakin mengiktiraf manfaat penting yang boleh diberikan oleh awan kepada perniagaan masing-masing,” kata Paul Flannery, Naib Presiden Epicor, Jualan Saluran Antarabangsa. “Rakan Niaga Saluran Epicor telah wujud sepanjang keseluruhan proses untuk menyokong dan bekerjasama dengan pelanggan kami dalam perjalanan transformasi digital masing-masing dan merupakan lanjutan semula jadi perniagaan kami dalam memberikan kepakaran industri secara mendalam yang dijangkakan oleh pelanggan kami.”

Pemenang anugerah tahun ini termasuk:

• Anugerah Pakar Industri: Index Infotech LLC menyampaikan kepakaran yang kukuh dalam konkrit prapasang dan menggunakan Epicor Kinetic kepada pelbagai pelanggan. Syarikat tersebut terus membangunkan pengetahuan industri dan amalan terbaik mereka dengan memberikan hasil yang cemerlang kepada pelanggan mereka.
• Anugerah Transformasi Perniagaan: Kairos Solutions Pte Ltd diiktiraf atas usaha syarikat itu dalam kerjasama dengan pelanggan dalam perjalanan Industri 4.0, memberikan penyelesaian berintegrasi dan automatik sepenuhnya melalui Epicor Kinetic yang menyediakan hasil yang boleh diukur untuk perniagaan.
• Anugerah Transformasi Awan: Coreplus Co.,Ltd mengembangkan model organisasi mereka untuk menerajui dengan awan, bekerjasama secara rapat dengan pelanggan bertujuan bagi memperluas dan menghubungkan operasi syarikat di seluruh Asia Tenggara, meliputi setiap inisiatif pembuatan, pemindahan dan penjualan pelanggan.
• Anugerah Bintang yang Sedang Meningkat: Mindbox menyampaikan pertumbuhan tahun ke tahun yang amat kukuh merentasi pelbagai platform Epicor dalam pasaran yang amat berdaya saing dan sensitif harga. Pasukan tersebut membuat pelaburan besar dalam organisasi jualan dan pemasaran dengan model penjanaan permintaan tertumpu.
• Anugerah Rakan Niaga Antarabangsa Tahun Tersebut: Precise Business Solutions mengubah perniagaannya dengan ketara sejak tiga tahun yang lalu untuk memberikan tumpuan kepada menyampaikan untuk pelanggan dalam awan, melaksanakan prestasi yang kukuh dan mapan sambil menyampaikan nilai merentasi banyak pelanggan awan baharu, migrasi dan jualan tambahan.

Andy Coussins, Timbalan Presiden Kanan dan Ketua Antarabangsa Epicor, mengakhiri acara, “Tahniah kepada semua pemenang Anugerah Kecemerlangan Rakan Niaga yang dimuliakan kami. Saya amat berbesar hati ingin berkongsi dan meraikan kejayaan Rakan Niaga Saluran kami sendiri sekali lagi. Terima kasih diucapkan kepada semua Rakan Niaga kami atas kerjasama yang kukuh, dengan sokongan yang diberikan oleh mereka, kami berupaya menyampaikan kejayaan yang hebat kepada pelanggan kami merentasi industri pembuatan, pemindahan dan penjualan.”

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Rangkaian Rakan Niaga Epicor sila kunjungi laman web kami.

Maklumat Tentang Epicor

Epicor Software Corporation melengkapkan perniagaan yang berusaha gigih dengan penyelesaian perusahaan yang memastikan dunia terus berubah. Selama hampir 50 tahun, pelanggan Epicor dalam industri automotif, bekalan bangunan, pengedaran, pembuatan dan runcit telah mempercayai Epicor untuk membantu mereka menjalankan perniagaan dengan lebih baik. Set penyelesaian Epicor yang berinovatif dipilih dengan teliti bagi memenuhi keperluan pelanggan dan dibina untuk memberikan respons secara fleksibel terhadap realiti yang berubah pantas mereka. Bersama pengetahuan dan pengalaman industri yang mendalam, Epicor mempercepat cita-cita pelanggan, sama ada untuk berkembang dan berubah, atau sekadar menjadi lebih produktif dan berkesan. Kunjungi www.epicor.com untuk maklumat lebih lanjut.

Nama dan logo Epicor ialah tanda dagangan Epicor Software Corporation, yang didaftarkan di Amerika Syarikat dan negara lain. Tanda dagangan lain yang dirujuk ialah hak milik pemilik masing-masing mereka. Tawaran produk dan perkhidmatan yang digambarkan dalam dokumen ini dihasilkan oleh Epicor Software Corporation. Keputusan tidak dijamin dan pengalaman setiap pengguna akan berbeza.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16914

No comments:

Post a Comment