Thursday, March 16, 2023

QUORUM SOFTWARE MENGUMUMKAN RUANG PERANCANGAN GENERASI AKAN DATANG, DIOPTIMUMKAN DENGAN AWAN UNTUK PERANCANGAN KORPORAT, EKONOMI DAN RIZAB BERSEPADU

Ruang Perancangan Baharu mempercepat aliran kerja perancangan perniagaan dengan data bersambung untuk kecekapan, ketelusan dan pengurusan risiko yang lebih baik

HOUSTON, 15 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Quorum Software (Quorum), peneraju perisian global yang khusus untuk industri tenaga, pada hari ini mengumumkan versi terkini suit aplikasi Ruang Perancangan dalam Suit Tenaga Quorum sebagai satu-satunya platform perancangan korporat bersepadu yang direka bentuk khusus untuk menyelesaikan kerumitan dan cabaran perancangan dalam industri tenaga moden—memanfaatkan kuasa awan bagi membantu syarikat tenaga membuat keputusan lebih baik dalam masa yang singkat, dengan kepastian data yang dipercayai dan tepat.

“Disiplin modal adalah lebih penting berbanding sebelum ini untuk menggunakan pelaburan modal yang memberi impak kepada pelepasan dan mengurangkan kos bekalan. Dalam usaha melakukan perkara ini, industri tenaga memerlukan alatan perancangan yang canggih dan mantap untuk bergerak dengan ketangkasan dan kelajuan,” kata Tyson Greer, Ketua Pegawai Produk Quorum Software. “Memanfaatkan awan dan seni bina data bersatu, Ruang Perancangan membolehkan pembuatan keputusan yang dipercepat dan dikongsi dengan kecerdasan bagi menjajarkan modal, kewangan dan rizab bersama perancangan sumber dengan lebih baik. Akhir sekali, kini syarikat boleh merancang lebih cepat dengan yakin, bersama ketepatan dan penjajaran yang lebih baik, bagi mencapai prestasi hasil atau jualan kasar dan pendapatan bersih, sambil memenuhi matlamat pelepasan sifar bersih.”

Ruang Perancangan baharu menyediakan perubahan langkah dalam prestasi dan kebolehskalaan dengan falsafah perancangan dinamik yang menghapuskan kitaran perancangan menyusahkan, membolehkan pengguna memaksimumkan produktiviti dan memberikan tumpuan kepada aktiviti nilai tambah.

Suit ini menyepadukan lima modul sepenuhnya, memperkemas aliran kerja perancangan perniagaan dengan data bersambung untuk kecekapan, ketelusan dan pengurusan risiko yang lebih baik termasuk: perancangan modal, perancangan kewangan, ekonomi petroleum dan tenaga, serta pengurusan rizab dan sumber. Keupayaan Ruang Perancangan untuk mengkonfigurasikan input dan output standard membolehkan penggabungan dan pengoptimuman portfolio yang cekap, disokong oleh jejak audit terkini untuk pematuhan kawal selia dan tadbir urus data yang lebih baik.

Selain itu, API terbuka menyediakan peluang penyepaduan merentasi Suit Tenaga Quorum serta alatan pihak ketiga yang menyokong aliran kerja dan proses lanjutan yang melangkaui modul teras.

Ciri utama Ruang Perancangan baharu termasuk:

• Kebolehgunaan Gred Pengguna: Memanfaatkan paradigma web dan maklum balas pelanggan selama bertahun-tahun, Ruang Perancangan baharu menyediakan pengalaman pengguna yang lebih mewah.
• Prestasi Generasi Akan Datang: Platform ini lebih pantas dengan ketara dalam memproses data berbanding pendahulunya.
• Kebolehskalaan: Ruang Perancangan baharu menyokong set data yang lebih besar dan lebih rumit tanpa kemerosotan prestasi, termasuk penggunaan serentak.
• Pengoptimuman Awan: Memanfaatkan teknologi awan untuk menyampaikan prestasi yang tidak pernah berlaku sebelum ini, akses lebih pantas kepada inovasi produk terkini dan jumlah kos pemilikan yang lebih rendah.
• Penyepaduan Lancar: Penyepaduan dipertingkat antara modul, memperkemas aliran kerja korporat. API Terbuka mendedahkan Ruang Perancangan kepada produk lain dalam Suit Tenaga Quorum dan alatan pihak ketiga di luar.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara penyelesaian perancangan Quorum boleh membantu syarikat tenaga membawa semua aliran kerja korporat ke satu platform, sila kunjungi di sini.

Maklumat Tentang Quorum Software

Quorum Software ialah penyedia utama perisian tenaga di seluruh dunia, memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 1,800 pelanggan merentasi keseluruhan rantaian nilai tenaga di 55 negara. Penyelesaian Quorum memperkasa pertumbuhan dan keuntungan untuk perniagaan tenaga dengan menghubungkan orang ramai, aliran kerja dan sistem bersama data sedia membuat keputusan. Dua puluh lima tahun lalu, kami menyampaikan perisian pertama industri untuk akauntan loji gas dan pada hari ini penyelesaian kami memperkemas operasi perniagaan dengan standard dan penyepaduan data ke hadapan industri. Industri tenaga global mempercayai pakar dan aplikasi Quorum berjaya menavigasi peralihan tenaga sambil menyampaikan nilai pada hari ini dan ke masa hadapan. Untuk maklumat lebih lanjut, sila kunjungi quorumsoftware.com.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16918

No comments:

Post a Comment