Friday, March 10, 2023

BAGI MARY KAY, INI MISI PENTING: KAMI TELAH MEMPERCEPATKAN USAHA INOVASI DIGITAL KAMI UNTUK MENYERLAHKAN POTENSI USAHAWAN WANITA SEPENUHNYA




Kenyataan oleh Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Operasi di Mary Kay pada Hari Wanita Antarabangsa, 2023


DALLAS, 10 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Operasi, Mary Kay Inc., telah mengemukakan kenyataan berikut dalam meraikan Hari Wanita Antarabangsa, 2023.

37% daripada wanita di seluruh dunia tidak mempunyai akses kepada internet.  Saya tahu - Saya juga terpaksa membacanya dua kali.1

37%! Angka ini mengejutkan.  Rasa seperti mustahil.  Dalam dunia kita yang sentiasa aktif, sentiasa terhubung, bagaimana mungkin lebih sepertiga daripada semua wanita di dunia kekal “tidak terhubung”? Realiti yang mengejutkan ini dan implikasinya menyemarakkan tema Hari Wanita Antarabangsa tahun ini:  “DigitALL:  Inovasi dan teknologi untuk kesamarataan jantina.”

Sebagai Ketua Pegawai Operasi di Mary Kay, saya sedar akan peranan yang dimainkan oleh teknologi dalam semua aspek perniagaan - terutama sekali perniagaan antarabangsa.  Untuk memaksimumkan peluang yang ditawarkan oleh teknologi, kemahiran literasi digital ialah keperluan mutlak  untuk usahawan wanita mengambil bahagian sepenuhnya dalam ekonomi global kita. Kemahiran tersebut juga keperluan untuk penglibatan sivik dan sosial.

Asas untuk Revolusi Industri Keempat adalah digital dan ia dibentangkan sekarang.  Bagi kita semua revolusi ini memberi peluang besar untuk memanfaatkan teknologi dan inovasi untuk memajukan keusahawanan wanita dan kesamarataan.  Kita perlu memastikan wanita mendapat manfaat daripada transformasi digital ini sekarang.

Ekonomi digital tidak akan menunggu sesiapa untuk memanfaatkan peluang ini.  Pengecualian wanita daripada dunia digital telah mengurangkan $1 trilion daripada keluaran dalam negeri kasar bagi negara berpendapatan rendah dan sederhana sepanjang dekad yang lalu.2 Saya menegaskan sekali lagi, perubahan yang berlaku, tidak cukup pantas untuk wanita.

Kita boleh membetulkan keadaan ini.  Kita mesti betulkan keadaan ini.

Untuk mencapai potensi sepenuhnya, pemilik perniagaan wanita di seluruh dunia mesti bukan sahaja mempunyai akses kepada alat digital yang kita pandang remeh, tetapi mereka mesti memiliki kemahiran dan latihan yang wajar untuk menggunakannya secara berkesan.

Inilah sebabnya usaha merapatkan jurang digital antara jantina amat peribadi bagi kami di Mary Kay, sebuah syarikat yang diasaskan oleh wanita untuk wanita.

Pengasas kami, Mary Kay Ash, mempunyai visi untuk menawarkan kepada wanita peluang keusahawanan yang tiada tandingan untuk kemajuan dan kejayaan peribadi.  Ini memberi makna sesuatu yang berbeza hari ini berbanding pada tahun 60-an, tetapi semangat yang sama masih kekal.  Sebagai sebuah syarikat pembangunan keusahawanan, fokus kami ialah memperkasakan usahawan wanita dan menangani halangan yang dihadapi oleh mereka dalam memantapkan atau mengembangkan perniagaan mereka.  Pendigitalan adalah salah satu cabaran antaranya.

Di Mary Kay, kami bertekad untuk mengutamakan usahawan wanita dalam arus transformasi digital.

Kami telah mempercepatkan usaha inovasi digital kami – ini termasuk merevolusikan keupayaan Perunding Kecantikan Bebas (IBC) Mary Kay untuk menyerlahkan potensi mereka sepenuhnya melalui peningkatan kemahiran, pembangunan dan pelancaran alat digital inovatif, daripada aplikasi yang memenangi anugerah yang menampilkan realiti terimbuh (AR), untuk menghubungkan IBC dengan pelanggan mereka dengan cara yang lebih berkesan dan lancar.  Kami menambah baik bukan sahaja pengalaman untuk tenaga kerja bebas, tetapi juga untuk pelanggan mereka di seluruh dunia.

Berikut adalah beberapa contoh terkini komitmen kami untuk memperkasakan tenaga kerja bebas Mary Kay untuk memanfaatkan kuasa digital:

• Di Eropah, “Paut & Belajar” kami yang memenangi anugerah merupakan suatu platform pendidikan bersepadu yang merangkumi kurikulum pembelajaran mantap yang boleh diakses oleh IBC pada bila-bila masa, di mana sahaja. Sistem pembelajaran interaktif mampu diri ini membantu perunding untuk merealisasikan impian mereka dengan menyediakan kurikulum berasaskan kompetensi dengan kandungan yang relevan dengan dorongan pakar serta menghubungkan mereka dengan komuniti perunding yang mempunyai minda yang sama.  Kurikulum merangkumi kandungan yang berfokuskan bidang kompetensi utama yang penting untuk kejayaan pada setiap langkah laluan kerjaya. Dengan kandungan ini, perunding memfokuskan topik utama secara strategik dan memperoleh kemahiran seperti Kemahiran Menjual, Kemahiran Perniagaan, Pengetahuan Produk dan Memahami Cara Mary Kay.  Mary Kay telah menerima banyak anugerah untuk platform pendidikan ini termasuk pingat emas yang menjadi rebutan ramai dalam kategori Pendidikan dalam “Anugerah Omni Musim Bunga 2019.” Pada tahun 2021 Mary Kay Poland menerima anugerah “Syarikat Inovatif” untuk program daripada majalah Home & Market, dan “Anugerah Kecemerlangan Teknologi” daripada Brandon Hall Group pada tahun 2018.
• Platform The InTouch® ialah platform mudah alih kedai satu hentian yang memberikan jutaan IBC di seluruh dunia akses 24-jam kepada maklumat, dan perkhidmatan untuk menguruskan perniagaan Mary Kay mereka dengan berkesan.  Platform ini termasuk banyak ciri yang dapat meningkatkan pengetahuan mereka tentang industri kecantikan melalui pendidikan produk, kemahiran perniagaan asas melalui alat pemasaran dan jualan, dan rangkaian profesional. Dengan aplikasi ini, IBC boleh mengakses maklumat ramuan produk dan bahan untuk dikongsi dengan pelanggan mereka atau sebagai rujukan pantas.
• Platform Salesforce.com juga telah dilancarkan baru-baru ini ke pasaran Mary Kay kami melalui laman InTouch Mary Kay, yang mendayakan penggunaan teknologi digital dengan lebih lancar dalam operasi sehari-hari, termasuk proses membuat pesanan.  IBC menerima sokongan 24/7 daripada pasukan Mary Kay tempatan dan menjimatkan masa untuk memfokuskan tugasan yang menambah lebih nilai kepada perniagaan mereka.
• Mary Kay Mirror Me™ ialah aplikasi solekan masa nyata kami yang menggunakan realiti terimbuh untuk mengenakan trend solekan dan produk warna untuk solekan sebenar.  Setelah menemui penampilan mereka yang paling sempurna, pelanggan boleh menambah produk kepada beg membeli-belah mereka dan bersambung dengan. Mirror Me™ IBC yang tersedia di rantau Amerika Utara, Eropah dan Amerika Latin.
• Mary Kay® Skin Analyzer ialah alat yang menggabungkan penjagaan kulit dan teknologi di hujung jari.  Alat ini membantu pelanggan memahami ciri-ciri unik kulit mereka dan mencipta rutin penjagaan kulit yang disesuaikan dan tersedia di rantau Amerika Utara, Asia Pasifik dan Amerika Latin.
• Dan akhir sekali, Katalog Mary Kay Interaktif yang dilancarkan baru-baru ini menghidupkan katalog Mary Kay dengan pemesanan produk yang mudah, GIF, video, senarai keinginan boleh kongsi, solekan realiti terimbuh segera dan banyak lagi.  Katalog ini tersedia di rantau Amerika Utara, Eropah dan Amerika Latin.

Kami juga percaya dalam kolaborasi digital untuk membantu usahawan wanita memanfaatkan kuasa digital di seluruh dunia.  Untuk tujuan ini, kami telah berganding bahu dengan:

• Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU). Dengan kerjasama Women Entrepreneurship Accelerator (WEA) dan Mary Kay Global, ITU telah melancarkan Cabaran Digital WEA Digital untuk membina pendayaan ekosistem untuk usahawan wanita.  Katalog ini menyokong komitmen WEA untuk memperkasakan 5 juta usahawan wanita menjelang 2030. WEA ialah inisiatif berbilang perkongsian tentang keusahawanan wanita yang menggabungkan 6 agensi Bangsa-bangsa Bersatu iaitu Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU), Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO),Pusat Dagangan Antarabangsa (ITC),  Program Pembangunan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP), UN Global Compact (UNGC) dan UN Women. Peringkat akhir Cabaran akan berlangsung pada 13 Mac semasa Pentauliahan Status Wanita (CSW67).  Seorang juri pakar akan memilih 10 amalan terbaik dan penyelesaian digital untuk mencipta ekosistem yang lebih inklusif jantina untuk pemula dan peningkatan skala untuk menangani halangan yang dihadapi oleh usahawan wanita dalam pembangunan teknologi.  Pemenang akan mendapat akses kepada Program Ekosistem Inovasi Global daripada ITU di mana mereka akan menerima pembinaan kapasiti dan pementoran khusus. Daftar untuk acara ini di sini.
• Dalam usaha untuk menyokong WEA, ITU juga sedang berusaha untuk menangani jurang kemahiran digital jantina dengan memberikan usahawan wanita akses kepada modul pembelajaran berkualiti tinggi yang diperlukan untuk maju dalam ekonomi digital. Inisiatif yang akan dilancarkan dalam tahun 2023 ini, akan diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa.  Dengan sokongan Mary Kay, projek ini merangkumi 17 modul dalam talian yang termasuk latihan kemahiran digital untuk usahawan wanita yang beraspirasi dan berpengalaman, kemahiran digital untuk usahawan wanita dalam sektor tekstil dan pakaian, dan kemahiran pengurusan untuk usahawan wanita dalam teknologi.  Modul pembelajaran ini memberikan latihan profesional yang luas untuk mana-mana usahawan wanita tanpa mengira lokasi atau fokus perniagaan mereka.
• Sebagai produk WEA,  Pusat Dagangan Antarabangsa (ITC) telah melancarkan Program Sijil Keusahawanan Dalam Talian pertamanya pada tahun 2022 di bawah program SheTrades.  Dikuasakan oleh Mary Kay, kurikulum digital 27-modul, yang diperkayakan dengan 200 video, meliputi 7 peringkat utama perjalanan keusahawanan dan tersedia dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Sepanyol, Bahasa Perancis dan tidak lama lagi Bahasa Arab dan Bahasa Cina.
• Mary Kay juga merupakan pembuat komitmen kepada Gabungan Tindakan Kesamarataan Generasi tentang Teknologi dan Inovasi kerana kami yakin dengan kuasa perkongsian berbilang pihak berkepentingan untuk mencetuskan transformasi digital yang lebih sama rata dan pelbagai.

Dan kami baru sahaja bermula.  Resolusi digital sedang berlangsung.  Jangan ketinggalan dalam merebut peluang keemasan ini untuk mendayakan wanita dan remaja wanita untuk memperjuangkan keusahawanan dalam era digital ini!

Tentang Mary Kay

Salah seorang pemecah siling kaca asal, Mary Kay Ash mengasaskan syarikat kecantikan impiannya pada tahun 1963 dengan satu matlamat: memperkayakan kehidupan wanita.  Impian tersebut telah berkembang menjadi syarikat bernilai berbilion dolar dengan jutaan ahli tenaga jualan bebas di lebih 35 negara.  Sebagai syarikat pembangunan keusahawanan, Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dalam perjalanan mereka melalui pendidikan, pementoran, sokongan, perangkaian dan inovasi.  Mary Kay berdedikasi untuk melabur dalam sains di sebalik kecantikan dan mengeluarkan produk penjagaan kulit tercanggih, kosmetik warna, makanan tambahan, dan wangian.  Mary Kay percaya dalam memperkayakan kehidupan hari ini untuk kelestarian masa hadapan, dengan bekerjasama dengan organisasi daripada seluruh dunia serta memfokuskan dan menggalakkan kecemerlangan perniagaan, menyokong penyelidikan kanser, memajukan kesamarataan jantina, melindungi pemandiri penderaan domestik, mencantikkan komuniti kita, dan menggalakkan kanak-kanak mengikuti impian mereka.  Ketahui lebih lanjut di marykayglobal.com, temui kami di FacebookInstagram, dan LinkedIn atau ikuti kami di Twitter.

1 ITU (2022). Facts and Figures 2022 - The gender digital divide (itu.int)
2 UN Women.  Kemajuan dalam Matlamat Pembangunan Lestari.  The Gender Snapshot 2022.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16907

No comments:

Post a Comment