Tuesday, March 21, 2023

CURIA MELANTIK PHILIP MACNABB SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

ALBANY, N.Y., 20 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Curia, sebuah organisasi penyelidikan, pembangunan dan pembuatan kontrak terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa Philip Macnabb telah dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif menggantikan John Ratliff.

“Bagi pihak Lembaga Pengarah, kami mengucapkan terima kasih kepada John Ratliff atas kemajuan luar biasa yang capai Curia sepanjang tempoh perkhidmatannya,” kata ahli lembaga Curia, Sean Cunningham, pengarah urusan, GTCR dan William McMullan, pengarah urusan, Carlyle. “Kami berbesar hati untuk mengalu-alukan Phil, seorang eksekutif berpengalaman yang mempunyai rekod prestasi yang mengagumkan dalam memfokuskan syarikat kepada cadangan nilai teras mereka, meningkatkan pengalaman pelanggan dan membina organisasi dengan nilai sebenar dan pengekalan. Curia berada pada kedudukan yang baik dalam pasaran CDMO yang kian berkembang, kami teruja untuk melihat keadaan syarikat di bawah kepimpinan Phil."

Encik Macnabb mengulas: “Curia ialah sebuah syarikat unik yang mempunyai dengan kepakaran saintifik yang mendalam merentas tawaran hujung ke hujungnya. Kami mempunyai individu yang luar biasa dalam komuniti Curia global yang sangat termotivasi dengan tujuan murni kami untuk menambah baik kehidupan pesakit. Seterusnya, kami akan memberi tumpuan untuk mencipta nilai yang mampan untuk pelanggan dan pekerja.”

Macnabb menyertai Curia setelah sekian lama berkecimpung dalam peranan kepimpinan di pelbagai syarikat dalam industri penjagaan kesihatan. Sebelum itu, Macnabb memegang jawatan kanan dalam segmen teknologi, pengagihan dan produk pengguna. Beliau menerima MBA dari Universiti Chicago dan BS dalam Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Purdue.

Perihal Curia

Curia merupakan sebuah organisasi penyelidikan, pembangunan dan pembuatan kontrak terkemuka yang menyediakan produk dan perkhidmatan daripada R&D melalui pembuatan komersial kepada pelanggan farmaseutikal dan biofarmaseutikal. Hampir 4,000 pekerja Curia di 29 lokasi di seluruh A.S., Eropah dan Asia membantu pelanggannya beralih daripada rasa ingin tahu kepada pemulihan. Ketahui lebih lanjut di CuriaGlobal.com

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16926

No comments:

Post a Comment