Friday, March 10, 2023

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (HASIL) SUMBANG KELENGKAPAN 45 ORANG MURID SEKOLAH SEKITAR KENINGAU

KENINGAU, 9 Mac (Bernama) -- Tanggal 19 Mac akan datang merupakan sesi baharu persekolahan bagi sesi 2023/2024. Sehubungan itu, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) Sabah lokaliti Keningau telah mengambil inisiatif dengan menyantuni murid-murid dari sekitar Keningau melalui penganjuran Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) HASiL Kasih Prihatin yang diadakan bersempena sambutan Hari HASiL yang ke-27 pada tahun ini. Dalam program tersebut, seramai 45 orang murid yang kurang berkemampuan dari Sekolah Kebangsaan St. Francis Keningau, Sekolah Kebangsaan Kampung Keningau dan Sekolah Kebangsaan Banjar Keningau telah menerima sumbangan seperti yang berikut:

• Kelengkapan sekolah
• Wang tunai berjumlah RM100 setiap murid
 
Program yang telah diadakan di Dewan HASiL lokaliti Keningau ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hajam Bin Lajah Alam, Pengarah Negeri HASiL Sabah bersama Encik Mazlan Mandin, Pengarah Operasi Negeri HASiL Sabah (Seksyen Pungutan) merangkap Pengerusi Program CSR. Turut hadir sama menjayakan majlis tersebut ialah Pengarah-Pengarah Operasi Negeri HASiL Sabah.
 
YBhg. Datuk Hajam Bin Lajah Alam dalam ucapannya berkata, program CSR ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara HASiL dengan masyarakat, malah ia merupakan tanda sokongan padu HASiL kepada pembangunan modal insan yang  merupakan salah satu pendekatan strategik HASiL dalam mendekatkan diri kepada masyarakat. Ujar beliau lagi, melalui sumbangan ini, HASiL berharap ia dapat membantu meringankan beban dan membantu murid-murid tersebut dalam membuat persiapan pembukaan sekolah tidak lama lagi. Natijahnya, pelaksanaan program-program seumpama ini wajar diteruskan sejajar dengan aspirasi kerajaan dalam menerapkan budaya prihatin serta memastikan tiada golongan yang terpinggir dalam menikmati hasil dan kemakmuran negara.
 
Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami melalui:

a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/public.
  
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16900

No comments:

Post a Comment