Tuesday, March 7, 2023

MAJLIS KAYU-KAYAN MALAYSIA (MTC) SUMBANG RM300,000 UNTUK MISI BANTUAN BENCANA BANJIR DAN GEMPA BUMI

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC) menyampaikan sumbangan sebanyak RM300,000 bagi misi bantuan kepada mangsa-mangsa yang terjejas akibat banjir yang berlaku di berapa buah negeri di Malaysia serta gempa bumi yang melanda Türkiye dan Syria.
 
Sesi penyerahan cek cura itu disaksikan olen Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi (KPK), YAB Dato' Sri Haji Fadillah Yusof berserta pihak pengurusan tertinggi KPK dan MTC, dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di  Putrajaya, hari ini.
 
Ahli Lembaga Pemegang Amanah MTC, YBhg. Datuk Chua Hock Gee telah menyerahkan cek cura kepada Ketua Setiausaha KPK, YBhg. Datuk Zurinah Pawanteh bagi sumbangan bernilai RM150,000 untuk bantuan mangsa banjir. Ahli Lembaga Pemegang Amanah MTC, Encik George Yap Hong Thien turut menyerahkan cek cura bernilai RM150,000 untuk bantuan mangsa gempa bumi di Türkiye dan Syria melalui Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri (TBKLN) kepada Setiausaha Bahagian Politik Pelbagai Hala, Kementerian Luar Negeri, Encik Jamal Sharifuddin Johan.
 
"Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) MTC untuk membantu komuniti yang memerlukan. Kami berharap sumbangan kecil ini dapat membantu mengurangkan penderitaan dan kesengsaraan yang dihadapi oleh mangsa-mangsa dan pada masa yang sama membawa masyarakat Malaysia menyelami konsep ‘Malaysia Madani’ yang berteraskan prinsip Kesejahteraan, Keyakinan dan Ihsan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MTC, Puan Noraihan Abdul Rahman selepas majlis penyampaian cek itu.
 
Untuk maklumat lanjut mengenai Majlis Kayu-Kayan Malaysia dan usahanya untuk menyokong kelestarian alam dan komuniti, sila layari www.mtc.com.my.
 
Kapsyen: Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi (KPK), YAB Dato' Sri Haji Fadillah Yusof (kelima dari kanan) bersama Ahli Pengurusan Tertinggi KPK, Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan Pengurusan MTC, dan wakil Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri (TBKLN) https://mtc.com.my/KPDK/DSC_7151.JPG
 
Mengenai Majis Kayu-Kayan Malaysia
 
Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC) ditubuhkan pada Januari 1992 untuk menggalakkan pembangunan dan pertumbuhan industri perkayuan Malaysia di peringkat global. Objektif utama MTC adalah untuk mempromosikan dan membangunkan pasaran bagi produk kayu Malaysia di peringkat global, menggalakkan pembangunan industri dengan meningkatkan penggunaan teknologi, meningkatkan bekalan bahan mentah, menyediakan perkhidmatan maklumat dan meningkatkan imej industri perkayuan Malaysia di persada dunia. Maklumat lanjut mengenai aktiviti-aktiviti Majlis boleh diperolehi dari www.mtc.com.my

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16883

No comments:

Post a Comment