Wednesday, March 22, 2023

LAXMAN NARASIMHAN MULA MEMEGANG JAWATAN SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF STARBUCKS




SEATTLE, 21 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) --
 Berkuat kuasa hari ini, Starbucks (NASDAQ: SBUX) mengumumkan Laxman Narasimhan telah mula memegang jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif dan akan menyertai lembaga pengarah syarikat tersebut. Narasimhan dinamakan sebagai ceo baru pada 1 September 1, 2022, menggantikan pengasas syarikat dan kini bekas ceo, Howard Schultz.

Selepas carian di seluruh dunia untuk pemimpin baharu Starbucks, Narasimhan telah menyertai syarikat sebagai ceo baru pada 1 Oktober, 2022. Beliau membawa hampir 30 tahun pengalaman menerajui perniagaan barang pengguna global dan sebagai pemaklum terhadap syarikat-syarikat runcit, barang runcit, restoran dan e-dagang. Sepanjang lima bulan yang lalu, beliau telah memulakan suatu pengalaman keasyikan yang unik, mengembara ke tempat kerja dengan rakan kongsi (para pekerja) di lebih daripada 30 kedai, loji perkilangan dan pusat sokongan di seluruh dunia, di sepanjang jalan, beliau memperoleh pengesahan baristanya. Beliau menjadi asyik dalam rancangan penciptaan semula untuk syarikat yang dipimpin oleh Schultz yang kembali sebagai ceo sementara berkuat kuasa pada 4 April, 2022.

Sejak Schultz kembali tahun lepas, Starbucks mendedahkan strategi penciptaan semula seluruh syarikat dan terus menyampaikan lebih daripada $1 bilion dari segi pelaburan dalam rakan kongsi runcit dan kedai untuk hal yang diutamakan seperti  kenaikan gaji dan keakruan cuti sakit, faedah kesejahteraan kewangan, kerjasama dan latihan yang dimodenkan, pembaharuan kedai dan peralatan serta meraikan kopi. Syarikat tersebut melihat kenaikan harga saham sebanyak 47 peratus sejak pengumuman pendapatan Suku Kedua Tahun Fiskal 2022 hingga pengumuman pendapatan Suku Pertama Tahun Fiskal 2023, dan pertumbuhan had pasaran kira-kira $40 bilion pada masa yang sama itu. Syarikat tersebut juga menyampaikan 50 peratus dalam Jumlah Pulangan Pemegang Saham dalam tempoh masa ini, jauh mengatasi S&P 500. Baru-baru ini, Starbucks juga  dinamakan sebagai jenama restoran yang paling berharga untuk kali ke-7 tahun berturut-turut oleh Brand Finance.

Schultz berkongsi surat kepada pasukan kepimpinan kanan syarikat pada hari sebelum pengumuman tersebut – boleh dilihat di sini.

“Lembaga tersebut ingin menyatakan terima kasih yang tulus ikhlas kami kepada pengasas kami, Howard Schultz, yang mengambil alih tanggungjawab pucuk pimpinan secara tidak mementingkan diri sendiri apabila diminta— melepaskan peluang untuk ganjaran dan meninggalkan hidupnya sendiri —demi cinta syarikat kami dan rakan kongsinya,” kata Mellody Hobson, pengerusi Lembaga Pengarah Starbucks Bebas. “Kami tidak akan mencapai kejayaan seperti hari ini tanpa usaha beliau.”

Narasimhan telah secara rasminya mula memegang jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif pada hari ini dan akan mengetuai Mesyuarat Pemegang Saham Tahunan Starbucks pada hari Khamis ini, 23 Mac. Semasa beliau mula melaksanakan tugas rasmi tersebut, Narasimhan akan terus melibatkan pasukan kepimpinan, berkongsi ilmu awalnya serta wawasan dan menilai peluang untuk syarikat semasa mereka membuka jalan ke depan.

“Keasyikan yang intensif ke dalam perniagaan Laxman berganding dengan pengalaman yang luasnya sebagai pembina jenama terbukti, pereka baru dan operator telah menyediakan beliau secara unik untuk memimpin Starbucks ke arah fasa pertumbuhan seterusnya,” kata Hobson. “Keasyikan ini telah mendalami pemahaman Laxman dari segi budaya dan nilai-nilai Starbucks. Pada masa pembelajaran dan mendengar ini, beliau sudah menawan hati rakan kongsi kami di seluruh dunia.”

“Saya berasa rendah hati, telah secara rasminya mula memegang jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif Starbucks, memimpin pasukan yang luar biasa kami yang terdiri daripada lebih daripada 450,000 orang rakan kongsi memakai apron hijau di seluruh dunia. Asas yang telah disediakan oleh Howard – membina jenama global yang ikonik  ini tanpa sebarang asas disemarakkan oleh keghairahan yang abadi untuk meningkatkan  kemanusiaan – adalah betul-betul mengagumkan, dan saya berasa dihormati untuk berpeluang membina pada warisan dalam ini,” kata Narasimhan. “Sebagai perniagaan hubungan manusia, kami mempunyai kemungkinan tanpa had untuk menyampaikan bagi rakan kongsi kami, pelanggan kami, pelabur kami dan komuniti kami melalui setiap cawan dan setiap hubungan. Saya berasa ghairah untuk bekerja di samping rakan kongsi kami di seluruh dunia untuk mendedahkan masa depan tanpa had Starbucks.”

Tentang Starbucks

Sejak tahun 1971, Starbucks Coffee Company komited terhadap penyumberan secara beretika dan memanggang kopi arabica bermutu tinggi. Hari ini, dengan lebih daripada 36,000 kedai di seluruh dunia, syarikat tersebut adalah pemanggang ulung dan peruncit kopi istimewa di dunia. Melalui komitmen yang teguh kami dan prinsip yang menjadi pedoman kami, kita memeriahkan Starbucks Experience atau setiap pelanggan melalui setiap cawan. Untuk berkongsi pengalaman ini, sila lawati kami di kedai kami atau secara dalam talian di stories.starbucks.com atau www.starbucks.com

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16931

No comments:

Post a Comment