Tuesday, March 21, 2023

NTT COM MENGEMBANGKAN PROGRAM PENCIPTAAN BERSAMA "OPEN HUB UNTUK DUNIA PINTAR" BERMULA DENGAN MANUSIA DIGITAL DAN DEMONSTRASI METASEMESTA

TOKYO, 20 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Communications Corporation (NTT Com), perniagaan komunikasi antarabangsa dan penyelesaian ICT dalam kumpulan NTT, hari ini telah mengumumkan pelancaran inisiatif langsungnya yang melibatkan manusia digital dan metasemesta di bawah program penciptaan bersama perniagaannya, "OPEN HUB untuk Dunia Pintar," yang bertujuan bagi mengembangkan peluang bagi semua orang, termasuk orang yang mengalami cabaran tempat kerja atau masa, dan memperkukuh penyelesaian bagi menangani isu seperti tenaga buruh yang kian merosot  di Jepun.

OPEN HUB, yang dilancarkan pada Oktober 2021, telah digunakan oleh hampir 3,000 orang di kira-kira 1,300 buah syarikat untuk penciptaan bersama perniagaan dalam persekitaran nyata dan berjarak jauh. Dimantapkan dalam metasemesta, Taman Maya OPEN HUB menggunakan " mangkin digital" seperti manusia yang dijana oleh teknologi manusia digital, termasuk grafik komputer tiga dimensi (3DCG) dan imbasan berdefinisi tinggi dan tangkapan gerakan, untuk mencipta rajah manusia yang fotorealistik yang memberikan respons terhadap pelawat manusia. Inisiatif tersebut adalah salah satu pelbagai cara yang ingin digunakan oleh NTT Com untuk menggunakan metasemesta bagi membuat pembaharuan terhadap gaya kerja, mencipta titik sentuhan pelanggan baharu yang mudah dicapai oleh semua orang serta membangunkan perkhidmatan yang menangani masalah seperti kekurangan tenaga buruh Jepun dan meningkatkan produktiviti, dan akhirnya demi kesejahteraan masyarakat yang lebih baik.

Pada masa ini, terdapat 400 pakar dalaman dan luaran, orang sebenar yang dipanggil penggalak yang bekerja untuk OPEN HUB, yang digunakan oleh syarikat untuk penciptaan bersama perniagaan. Penggalak terbaru, sebenarnya suatu mangkin digital yang dinamakan CONN, telah dicipta dengan menggabungkan visual seperti manusia yang dijana oleh Makmal Toei Zukun daripada Teknologi Manusia Digital Toei Corporation dengan personaliti seperti manusia yang dijana oleh teknologi AI penjanaan gerakan badan Makmal Informatik Manusia dan teknologi AI penjanaan sintesis suara NTT. CONN akan menjalankan tugas yang biasanya dijalankan oleh pekerja NTT Com dalam persekitaran nyata, seperti membimbing pelawat dalam Taman OPEN HUB, mendemonstrasikan kemungkinan untuk menggabungkan manusia digital dalam gaya kerja baharu dan juga titik sentuhan bagi pelanggan.

Taman Maya OPEN HUB juga akan berkhidmat sebagai persekitaran yang mengatasi had ruang dan jarak. Dengan menggunakan platform metasemesta "DOOR" XR Space WEB NTT, ahli komuniti akan dapat berinteraksi antara satu sama lain dan terlibat dalam perbincangan dengan mangkin digital secara berterusan.

Di samping itu, Taman Maya OPEN HUB akan menjadi persekitaran metasemesta yang mana perusahaan akan dapat mendemonstrasikan teknologi baharu yang tidak boleh dilaksanakan dalam dunia nyata. Para pengguna akan dapat mengumpul dan menggunakan data daripada persekitaran nyata dan maya, dan menunjukkan prototaip secara maya yang dicipta oleh mereka dalam persekitaran nyata untuk memperoleh maklum balas, dan dengan itu memudahkan penciptaan bersama perniagaan.

Seterusnya, NTT Com akan berusaha untuk memadani penggalak dan ahli komuniti berdasarkan log komunikasi, log tindakan, sejarah lawatan dan data lain yang diperoleh dalam persekitaran nyata dan maya. NTT Com komited kepada menyumbang kepada transformasi digital sosial dan perindustrian melalui OPEN HUB dan inisiatif penciptaan bersama lain dan juga menyediakan penyelesaian maju untuk 5G, XR dan robotik.

NTT DOCOMO, NTT Com dan NTT COMWARE telah menyepadukan perniagaan perusahaan mereka di bawah kumpulan DOCOMO yang baharu dan jenama “perniagaan docomo”. Kumpulan tersebut, yang dibimbing oleh strategi Awan Mudah Alih Dahulu, berusaha untuk menyampaikan penyelesaian inovatif bagi masyarakat dan industri melalui kerjasama dengan pelanggan perusahaan dan rakan kongsi di bawah cogan kata “Mengubah dunia bersama anda.”

https://www.nttdocomo.co.jp/biz/special/docomobusiness/

NTT Com bekerjasama dengan pelanggan dan rakan kongsi untuk mencipta bersama nilai, kedua-duanya untuk hari ini dan bagi masyarakat selepas COVID, berdasarkan wawasan perniagaan Re-connect X®  yang menghubungkan semula segala-galanya (“X”) dalam masyarakat dan industri dengan perkhidmatan dan penyelesaian pertumpuan mudah alih dan talian tetap bagi dunia yang lebih mampan.

https://www.ntt.com/about-us/re-connectx.html

Tentang NTT Communications
NTT Communications menyelesaikan cabaran teknologi global dengan membantu perusahaan menggunakan penyelesaian yang diuruskan oleh infrastruktur IT untuk mengatasi kerumitan dan risiko dalam persekitaran ICT mereka. Penyelesaian tersebut disokong oleh infrastruktur seluruh dunia kami, yang termasuk rangkaian awam dan swasta tingkat pertama sejagat, yang menerajui industri, telah menjangkau lebih daripada 190 buah negara/wilayah dan lebih daripada 500,000 m2 kemudahan pusat data yang paling maju di dunia. Kini sebagai penyedia teras perkhidmatan dan penyelesaian perusahaan perniagaan kumpulan DOCOMO, kami telah mencipta nilai melalui sokongan secara sejagat untuk perubahan struktur dalam industri dan masyarakat, gaya kerja baharu dan transformasi digital dalam industri dan masyarakat, gaya kerja baharu dan transformasi digital dalam komuniti. Bersama dengan NTT Ltd., NTT Data, dan NTT DOCOMO, kami adalah NTT Group.
www.ntt.com | Twitter@NTT Com | Facebook@NTT Com

Lampiran: Gambaran Keseluruhan OPEN HUB

NTT Com telah melancarkan program penciptaan bersama perniagaan ini pada Oktober 2021 untuk memudahkan penciptaan dan pelaksanaan konsep perniagaan baharu dengan pelanggan dan rakan kongsi. Program tersebut menyediakan warga kerja, teknologi dan tempat sebagai fungsi untuk merealisasikan Dunia Pintar.

NTT Com bekerja dengan “penggalak” (kakitangan pakar yang bekerja dalam pelbagai bidang) dan syarikat rakan kongsi untuk mencipta penyelesaian perniagaan yang menggabungkan pelbagai idea dan kemahiran termaju di tempat nyata atau kadang-kadang  maya. Inisiatif tersebut termasuk OPEN HUB Journal, sebuah syarikat kepunyaan media yang meliputi arah aliran perniagaan dan kajian kes, pada masa ini digunakan oleh kira-kira 400,000 ahli dan OPEN HUB Base, suatu komuniti untuk pelanggan dan rakan kongsi yang berjumlah lebih daripada 15,000 ahli. Taman OPEN HUB dibuka pada Februari 2022 sebagai tapak aktiviti utama untuk OPEN HUB dan telah menarik 3,000 orang pelawat daripada kira-kira 1,300 buah syarikat dalam tahun pertamanya. Di bawah inisiatif OPEN HUB Play, penggalak sedang bekerja dengan perusahaan pada kira-kira 400 projek penciptaan bersama.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16925

No comments:

Post a Comment