Tuesday, March 28, 2023

BOOMI MEMBUKA PEJABAT BAHARU DI BENGALURU BERSAMA MATLAMAT UNTUK MENGINOVASI MASA DEPAN AUTOMASI PERUSAHAAN




Table

Boomi Membuka Pejabat Bengaluru, Merancang Menggandakan Bilangan Tenaga Kerja Kejuruteraan (Foto: Business Wire)


• Boomi, syarikat peneraju kategori, perisian global sebagai perkhidmatan (SaaS), merancang untuk menggandakan tenaga kerja kejuruteraan dan teknikal semasa kerana syarikat tersebut membuka pejabat khusus di Bengaluru, India

• Pertumbuhan ini dibina berdasarkan peningkatan pelaburan yang dibuat baru-baru ini di rantau APJ oleh Boomi bagi memenuhi permintaan global yang kukuh untuk ketersambungan, integrasi dan automasi pintar


BENGALURU, India & CHESTERBROOK, Pa., 28 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Boomi™, peneraju ketersambungan dan automasi pintar, pada hari ini mengumumkan pembukaan pejabat baharu di Bengaluru, India. Boomi mengalu-alukan ahli pasukan tempatan semasa ke ruang kerja berkenaan, pada masa yang sama syarikat itu juga berhasrat menambahkan bilangan tenaga kerja kejuruteraan lebih daripada dua kali ganda di India dalam tempoh 12 bulan akan datang. Pengembangan tersebut meluaskan lagi kehadiran kukuh Boomi di rantau ini, yang merangkumi pejabat di Hyderabad dan bandar lain, bersama ahli pasukan dalam pelbagai fungsi operasi, daripada kejuruteraan kepada sokongan pelanggan, perakaunan, sumber manusia dan banyak lagi.

Beroperasi di lebih 70 negara dengan kira-kira 20,000 pelanggan dan 800 rakan niaga di seluruh dunia, Boomi menyediakan penyelesaian automasi pintar menyeluruh yang mempercepat hasil perniagaan dengan kelajuan, produktiviti, fleksibiliti dan ketersambungan yang diperlukan oleh organisasi digital yang semakin meningkat pada masa kini. Dengan pelaburan terkini di Bengaluru ini, Boomi merancang membina inovasi itu dengan mendapatkan bakat teknologi tempatan yang terbaik untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi pasaran platform integrasi global sebagai perkhidmatan (iPaaS), yang dijangkakan mencapai hasil global sebanyak USD 53.88 bilion menjelang akhir tahun 2033.¹ Boomi telah bekerjasama dengan firma bakat yang berpangkalan di Bengaluru yang menumpukan perhatian kepada kejuruteraan perisian, kualiti dan DevOps, bekerjasama rapat dengan pasukan produk Boomi dan kejuruteraan. Kehadiran Boomi di India yang semakin meluas juga akan menyokong beberapa rakan niaga integrator sistem global (GSI) utama untuk mencipta penyelesaian termaju yang dibina di atas platform Boomi.

“India dengan pantas telah menjadi kuasa global untuk kejuruteraan dan automasi digital, serta lokasi Bengaluru kami akan memberikan impak sepenuhnya dalam membantu Boomi memajukan lagi tawaran peneraju kategori kami dalam iPaaS dan automasi perusahaan, dan pada masa yang sama kami melabur dalam meneroka teknologi baharu muncul, seperti AI generatif,” kata Rajesh Raheja, Ketua Pegawai Kejuruteraan di Boomi. “Kami teruja untuk India, dan terutamanya Bengaluru, untuk memainkan peranan penting dalam pengembangan global Boomi yang berterusan sambil kami terus menerajui industri dalam memenuhi keperluan automasi pintar organisasi.”

Sebagai perintis iPaaS natif awan, Boomi meraikan pangkalan pelanggan terbesar dalam kalangan vendor platform integrasi; komuniti yang semakin berkembang dengan lebih daripada 100,000 ahli; dan satu daripada tatasusunan GSI terbesar dalam ruang iPaaS. Syarikat amat berbangga dengan rangkaian rakan niaga di seluruh dunia yang terdiri daripada Accenture, Deloitte, SAP dan Snowflake; dan bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan awan penskala hiper yang terbesar, termasuk Perkhidmatan Web Amazon, Google dan Microsoft, antara lainnya.

Syarikat itu dimasukkan dalam senarai Deloitte Technology Fast 500™ dan Inc. 5000 sebagai satu daripada syarikat teknologi paling pesat berkembang dan berinovatif di Amerika, Boomi baru-baru ini telah dinamakan dalam senarai Nucleus Research bagi “Syarikat Hebat untuk Diperhatikan pada Tahun 2023.” Syarikat itu juga telah memenangi pelbagai anugerah sebagai majikan pilihan, termasuk penyenaraiannya sebagai satu daripada Tempat Kerja Terbaik Inc. Magazine.. Boomi juga telah memenangi dua Anugerah Stevie®, untuk Syarikat Terbaik dan Inovasi Produk pada peringkat antarabangsa; Anugerah Gold Globee® dalam kategori Platform sebagai Perkhidmatan (PaaS); Anugerah Merit untuk Teknologi dalam kategori Perkhidmatan Awan; Anugerah Stratus sebagai Peneraju Global dalam Pengkomputeran Awan 2022; dan menerima penilaian 5 bintang berprestij dalam Panduan Program Rakan Niaga CRN untuk dua tahun berturut-turut.

Sumber Tambahan
• Sila mohon untuk satu daripada peranan terbuka Boomi 
• Ketahui lebih lanjut tentang platform Boomi
• Terokai Komuniti Boomiverse
• Ikuti Boomi dalam TwitterLinkedInFacebook dan YouTube

Maklumat Tentang Boomi
Boomi mempunyai matlamat menjadikan dunia tempat yang lebih baik dengan menghubungkan semua individu kepada segalanya, di mana-mana sahaja. Perintis platform integrasi sebagai perkhidmatan (iPaaS) berasaskan awan dan kini menjadi syarikat peneraju kategori, perisian global sebagai perkhidmatan (SaaS), Boomi dikatakan sebagai pangkalan pelanggan terbesar dalam kalangan vendor platform integrasi dan rangkaian di seluruh dunia dengan kira-kira 800 rakan niaga – termasuk Accenture, Capgemini, Deloitte, SAP dan Snowflake. Organisasi global beralih kepada platform pemenang anugerah Boomi bagi menemui, menguruskan dan mengatur data, sambil menghubungkan aplikasi, proses dan individu untuk hasil yang lebih baik dan lebih pantas. Untuk maklumat lebih lanjut, sila kunjungi http://www.boomi.com.

© 2023 Boomi, LP. Boomi, logo ‘B’ dan Boomiverse ialah tanda dagangan Boomi, LP atau anak syarikat atau syarikat gabungan masing-masing. Hak cipta terpelihara. Nama atau tanda lain mungkin merupakan tanda dagangan pemilik masing-masing.

¹ Persistence Market Research, Kajian Pasaran mengenai Platform Integrasi sebagai Perkhidmatan (iPaaS): Penggunaan Awan Hibrid untuk Mendapatkan Tarikan Besar Melangkah Ke Hadapan, 15 Februari 2023

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53368672/en

Individu untuk Dihubungi

Hubungan Media:
Kristen Walker
Komunikasi Korporat Global
kristenwalker@boomi.com
+1-415-613-8320
 
Sumber: Boomi

No comments:

Post a Comment