Friday, July 14, 2017

WEDGE HOLDINGS: BERHUBUNG PENANDATANGANAN PERJANJIAN PEMEGANG LESEN JUALAN DENGAN TEZUKA PRODUCTIONS CO., LTD.

TOKYO, 14 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kami, Wedge Holdings co., ltd. (JASDAQ: 2388) (Tokyo, JEPUN,/ Encik Tatsuya Konoshita, Pengarah Urusan Perwakilan dan Ketua Pegawai Eksekutif), dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa kami telah menandatangani satu perjanjian lesen jualan dengan Tezuka Productions co., ltd., sebuah syarikat yang menguruskan sebuah hak cipta milik TEZUKA OSAMU yang merupakan seorang daripada kartunis Jepun yang paling terkenal. Perjanjian ini membolehkan kami untuk memperoleh hak bagi menerbitkan karya beliau sebagai E-buku dalam bahasa Burma.

Kami akan meneruskan penerbitan karya TEZUKA OSAMU dengan kerjasama Bagan Innovation Technology co., ltd (BIT) di Myanmar yang dimiliki oleh Group Lease PCL, anak syarikat kami di Thailand dan kumpulannya.

Sebagai langkah permulaan, kami akan menerbitkan edisi pertama bagi "Majalah TEZUKA OSAMU" secara mingguan pada Oktober 2017, selepas menterjemahkannya ke dalam bahasa Burma dan mengeditnya dengan BIT.

BIT pada masa ini mempunyai lebih 5.5 juta pengguna Platform IT mereka di Myanmar, termasuk lebih 0.7 juta pengguna E-buku mereka. Di samping itu, mereka berhasrat untuk mengembangkan ke seluruh Asia bersama-sama kami dan anak-anak syarikatnya.

Kami merasa amat istimewa untuk melibatkan diri di dalam karya hebat TEZUKA OSAMU, yang merupakan legenda kartun Jepun, dan kami merasa beruntung untuk menerbitkan versi terjemahan itu di Asia Tenggara.

Kami terus berusaha mengembangkan perniagaan kandungan kami dengan mengadakan sebuah acara seperti sesi ujian bagi permainan memperdagangkan kad, menandatangani perjanjian promosi eksklusif dengan Encik Erdenebayar yang merupakan seorang kartunis dari Mongolia, atau menganjurkan "Illustrator Contest Asia".

Di samping itu, pengalaman kami yang baik sejak bertapak di dalam pengeditan komik atau permainan, dan merancang dan menganjurkan acara produk, menjadi kecekapan teras bagi kami. Dengan perjanjian penandatanganan ini dengan Tezuka Productions sebagai satu langkah, kami berhasrat untuk merancakkan bidang hiburan dengan menjadikan pengguna Asia merasa keseronokan dan teruja dengan digital, dan menjadi sebuah jambatan di antara pemegang kandungan dan pengguna.

Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di:
http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51588369&lang=en

Hubungi
Wedge Holdings CO., LTD.
Yasuhiro Kotake, +81-3-6225-2207
Wakil IR
wedge-ir@wedge-hd.com

Sumber: Wedge Holdings CO., LTD.

No comments:

Post a Comment