Friday, July 7, 2017

C.H. ROBINSON DIPILIH SEBAGAI RAKAN RASMI UNTUK UNIVERSIADE MUSIM PANAS TAIPEI 2017

Syarikat akan menyediakan perkhidmatan logistik global kepada pasukan-pasukan yang mengambil bahagian

TAIPEI, Taiwan, 7 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- C.H. Robinson, merupakan sebuah
 syarikat logistik bertaraf dunia, telah dipilih sebagai Rakan Rasmi Universiade Musim Panas 2017 di Taipei. Syarikat tersebut dipilih berdasarkan kepada kepakaran mereka yang terkemuka di dalam perkhidmatan logistik udara dan laut global serta kehadiran tempatan mereka di rantau itu.

C.H. Robinson, sebagai rakan rasmi bagi acara itu, akan menyediakan perkhidmatan penghantaran untuk peralatan dan bekalan sukan sebagai persediaan bagi temasya itu. Temasya tersebut adalah acara sukan olahraga kedua terbesar di dunia. Tahun ini merupakan tahun ke-29 penganjuran ini diadakan dan acara pada tahun 2017 akan berlangsung dari 19 Ogos hingga 30 Ogos, 2017.

Ini adalah kali pertama C.H. Robinson menyokong acara sukan antarabangsa itu. Langkah tersebut secara tidak langsung akan meletakkan kedudukan syarikat tersebut penyedia logistik global rasmi di rantau itu. Secara keseluruhannya, dianggarkan acara tersebut akan memerlukan sebanyak 5,000 buah kenderaan pengangkut dan 7,000 orang kakitangan untuk menyokong keperluan logistik sebelum, ketika, dan selepas acara itu berlangsung dimana ianya menjangkau merentasi lima benua. Sebagai salah satu daripada lima rakan acara rasmi, C.H. Robinson akan mengetuai keseluruhan bahagian logistik dan pengangkutan dari Amerika Utara, Kanada, Amerika Latin, Mexico, Timur Tengah, Afrika dan Eropah.

"Kami amat gembira dan berbesar hati untuk berkhidmat sebagai pembekal perkhidmatan logistik rasmi bagi Universiade Musim Panas Taipei 2017," kata Schnell Jeng, Pengarah Penghantaran Global Asia di C.H. Robinson. "Pasukan kami yang berdedikasi akan menyediakan penghantaran pengangkutan antarabangsa, pelepasan kastam, dan perkhidmatan trak domestik kepada pasukan-pasukan yang mengambil bahagian semasa temasya sukan itu. C.H. Robinson akan menyokong aktiviti logistik dari awal hingga akhir. Kakitangan kami yang penuh bersemangat dan profesional akan berusaha untuk memastikan segala urusan logistik bagi temasya itu berjalan lancar, cekap dan sempurna."

Maklumat mengenai C.H. Robinson

Di C.H. Robinson, kepercayaan kami adalah untuk mempercepatkan perdagangan global bagi memudahkan penyampaian produk dan barangan, secara tidak langsung memacu ekonomi dunia. Dengan adanya pekerja yang berpengetahuan, proses yang terbukti dan teknologi global, kami mampu membantu pelanggan kami berkerja dengan lebih efisien. Sebagai salah satu daripada penyedia logistik (3PL) yang terbesar di dunia, kami menyediakan sebuah portfolio yang luas bagi perkhidmatan logistik, sumber produk segar dan Perkhidmatan Terurus bagi lebih 113,000 pelanggan dan 71,000 pembawa kontrak melalui rangkaian bersepadu kami di 280 pejabat dan lebih 14,000 orang pekerja. Di samping itu, syarikat, Yayasan dan pekerja kami turut menyumbang berjuta-juta dolar pada setiap tahun kepada pelbagai organisasi. Dengan beribu pejabat di Eden Prairie, Minnesota, C.H. Robinson (CHRW) telah didagangkan secara awam di NASDAQ sejak tahun 1997. Untuk maklumat lanjut, sila layari
http://www.chrobinson.com atau lihat video syarikat kami.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Hubungi
C.H. Robinson
Chelsea Chen, 886-225080777
Penyelaras Pemasaran Asia
Chelsea.chen@chrobinson.com

Sumber: C.H. Robinson

No comments:

Post a Comment