Monday, July 3, 2017

OPERASI TNT EXPRESS TERGANGGU

Semua Perkhidmatan FedEx yang Lain Beroperasi secara Normal

MEMPHIS, Tenn., 29 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- FedEx Corporation (NYSE: FDX) hari ini mengumumkan bahawa operasi di seluruh dunia bagi subsidiari TNT Express mereka telah terjejas dengan ketara berikutan penyusupan sebuah virus sistem maklumat. Walaupun operasi dan sistem komunikasi TNT Express terganggu, tiada pelanggaran data dikesan telah berlaku. Operasi bagi semua syarikat FedEx yang lain tidak terjejas dan perkhidmatan disediakan dalam terma dan syarat yang normal.

Langkah-langkah pemulihan dan rancangan luar jangka sedang dilaksanakan secepat mungkin. Perkhidmatan rangkaian serantau dan domestik bagi TNT Express sebahagian besarnya beroperasi tetapi agak perlahan. Kami juga mengalami kelewatan di dalam perkhidmatan TNT Express antara benua pada masa ini. Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan FedEx Express sebagai alternatif.

Kemas kini mengenai ketersediaan perkhidmatan akan disediakan secara berkala ketika sistem dibaikpulih. Pelanggan yang mencari maklumat terkini tentang ketersediaan perkhidmatan harus menghubungi Perkhidmatan Pelanggan TNT Express atau layari laman web TNT Express di tnt.com.

Kami tidak dapat mengukur kesan kewangan daripada gangguan perkhidmatan ini pada masa ini, tetapi ia mungkin menjadi penting.

Maklumat mengenai FedEx

FedEx Corp. (NYSE: FDX) menyediakan kepada pelanggan dan perniagaan di seluruh dunia dengan sebuah portfolio yang luas berkaitan pengangkutan, e-dagang dan perkhidmatan perniagaan. Dengan pendapatan tahunan sebanyak $60 bilion, syarikat itu menawarkan aplikasi perniagaan yang bersepadu melalui syarikat-syarikat operasi yang bersaing secara kolektif dan dikendalikan bersama-sama, di bawah jenama FedEx yang dihormati. Secara konsisten disenaraikan di kalangan majikan yang paling dikagumi dan dipercayai di dunia, FedEx memberi inspirasi kepada lebih 400,000 anggota pasukan untuk kekal "benar-benar, positif" dalam memberi tumpuan kepada keselamatan, piawaian etika dan profesional yang paling tinggi dan keperluan pelanggan dan komuniti mereka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana FedEx menghubungkan orang dan segala kemungkinan di seluruh dunia, sila layari about.fedex.com. 

No comments:

Post a Comment