Tuesday, July 4, 2017

PRESIDEN CLINTON AKAN MENYERTAI FORUM PENGELUAR KOPI DUNIA YANG PERTAMA DI COLOMBIA

Dalam panel bersama Presiden Juan Manuel Santos mengenai ‘Kemapanan Ekonomi dan Pembangunan Luar Bandar untuk menggalakkan Kestabilan dan Demokrasi Global’

BOGOTA, Colombia, 3 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Hari ini, Colombian Coffee Growers Federation (FNC) mengumumkan bahawa Presiden Bill Clinton, Pengasas Yayasan Clinton & Presiden Amerika Syarikat ke-42, akan merasmikan Forum Pengeluar Kopi Dunia, yang akan diadakan di Medellin, Colombia pada 10-12 Julai, 2017.

Presiden Clinton, yang usaha globalnya di Afrika, Amerika Latin dan seluruh dunia telah memainkan peranan penting dalam memerangi kemiskinan dan menggalakkan pembangunan ekonomi dan sosial, terutamanya di kawasan luar bandar akan mengambil bahagian dalam panel bersama Presiden Colombia, Juan Manuel Santos, tentang "Kemapanan Ekonomi dan Pembangunan Luar Bandar untuk menggalakkan Kestabilan dan Demokrasi Global.

“Menurut International Coffee Organization (ICO), sekitar 25 juta isi rumah, 125 juta orang, kebanyakannya petani kecil, menyara hidup daripada pengeluaran kopi di negara-negara membangun di Afrika, Asia dan Amerika Latin. Cabaran seperti pendapatan mampan untuk mereka dan pengeluaran kopi yang terancam akibat perubahan iklim akan menjadi teras agenda Forum itu. Pada masa yang sama, beberapa anggaran industri menganggap bahawa, apabila penggunaan meningkat, 30 hingga 40 tahun akan datang pengeluaran kopi akan berganda.

Forum Pengeluar Kopi Dunia, yang pertama seumpamanya, adalah inisiatif bersama persatuan pengeluar kopi dari Afrika, Asia dan Amerika Latin yang akan menghimpunkan 900 peserta yang mewakili lebih daripada 40 negara pengeluar, ahli-ahli industri kopi seperti perendang, peniaga dan peruncit, institusi kewangan, pertubuhan bukan kerajaan dan wakil kerajaan.

"Bagi pihak Forum Pengeluar Kopi Dunia, kami ingin mengalu-alukan Presiden Clinton ke Forum kami. Beliau adalah salah seorang suara global yang paling dihormati untuk menggalakkan pembangunan ekonomi yang mapan di negara membangun. Sebagai rakyat Colombia, saya juga amat berbesar hati untuk mengalu-alukan beliau. Komitmen beliau terhadap negara ini sejak tahun 2000 melalui Rancangan Colombia adalah penting untuk mengubah tempoh keganasan selama bertahun-tahun lamanya yang telah menjejaskan kami semua, termasuk penanam kopi kami," kata Roberto Velez, Ketua Pegawai Eksekutif FNC.
Forum Pengeluar Kopi Dunia yang pertama akan menyatukan seluruh rantaian nilai kopi untuk menganalisis dan menangani cabaran yang paling penting, seperti pendapatan petani, perubahan iklim dan produktiviti serta mencadangkan dan melaksanakan tindakan kolektif untuk menghadapinya. Edisi pertamanya akan dihoskan oleh FNC di Medellin, berikutan perayaan ulang tahun ke-90nya.

No comments:

Post a Comment